Pages

Sunday 1 July 2012

PANDUAN LENGKAP MENYERTAI HIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0 SELASA (3 JUN)

Semua staf , pelajar dan warga KUIN dijemput menyertai Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0  sebagai desakan mengembalikan kegemilangan KUIN , tanda rasa sayang warga KUIN kepada KUIN dan dihindari daripada tangan ghaib . maklumat himpunan adalah seperti berikut :
Tarikh  : 3 Julai 2012 (Selasa)
Masa  : 1.00 tengahari
Lokasi  : Dalam kawasan kampus KUIN Mergong
Apa yang perlu anda lakukan :

1. Hadir pada hari tersebut dengan BERPAKAIAN PUTIH dan solat Dhuha jam 9 pagi (sendirian)
2. Anda juga boleh berpakaian warna lain ketika tiba di pejabat atau kuliah tetapi bawa bersama PAKAIAN     PUTIH dan pada jam 12.30 pm  anda bolehlah menukar pakaian PUTIH untuk sertai himpunan jam 1.00 tengahari. Jangan lupa berwuduk ketika menyertai himpunan.
3.Tepat jam 1.00 tengahari , wisel akan ditiup oleh urusetia BERSIH KUIN 2.0 dan anda dikehendaki berkumpul ditempat wisel ditiupkan.
4. Jika hujan pada waktu tersebut, jangan beredar, kita teruskan himpunan. Nak selamat bawa baju tambahan supaya boleh ganti baju yang basah.
5. Perhimpunan dijangka tamat SEBELUM jam 1.50 petang.
6. Bagi mahasiswa KUIN boleh turut menyertai bersama dengan membawa sepanduk yang berkaitan kebajikan pelajar diabaikan
7. Bawa bersama anda air minumm jika perlu 
8. Digalakkan membawa banner dan kain rentang yang berkaitan ISU KUIN
9. Yang PALING PENTING , ikut arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa, kerana pelbagai kemungkinan mungkin berlaku yang memerlukan pertukaran strategi diminit-minit akhir.
10. Ketika berhimpun pastikan anda JANGAN lakukan perkara di bawah :
- Jangan rosakkan  harta awam kerana itu perbuatan berdosa dan tidak SMART
- Jangan mengeluarkan kata-kata kesat, ugutan, hasutan dan menghentam peribadi.
- Jangan melayan provokasi yang dicetuskan musuh untuk gagalkan himpunan.
-Jangan mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar kepada MEDIA. Jika gambar diambil media tak menjadi kesalahan.
11. JANGAN TAKUT pada ugutan dan gertakan pihak pentadbiran
- Kita akan buat di luar waktu pejabat (waktu rehat). 
- Kita akan menjalankan perhimpunan dengan aman dan selamat.
- Tindakan disiplin tidak boleh diambil kepada peserta yang hadir ke perhimpunan aman
- Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak kebebasan bersuara selagi mengikut undang2
- Akta Himpunan Aman membenarkan selagi tidak timbul kekacauan awam
- Pihak polis tidak akan mengganggu dan menghalang walaupun diarahkan KUIN kerana pihak polis hanya akan menjaga kententeraman selagi kita ikut arahan perkara 10 Pihak Urusetia BERSIH KUIN akan mengadakan perbincangan dengan Polis sehari sebelum himpunan.
- Kepada kakitangan sementara dan sambilan , anda juga perlu turun dan jangan takut, anda boleh hadir berada sekitar himpunan . Yang penting berikan sokongan .
- Undang-undang Tatatertib KUIN belum diwartakan dan belum diluluskan di dalam Lembaga Pengarah KUIN, jika KUIN ambil tindakan tatatertib kita boleh ‘fight’ menggunakan peguam yang dilantik oleh BERSIH KUIN.
12. Kemungkinan strategi akan bertukar mengikut keadaan. Sila layari blog.