Pages

Monday 2 July 2012

HIMPUNAN AMAN BERSIH KUIN 2.0 : KAKITANGAN KUIN DESAK JAMIL LETAK JAWATAN

3 Julai - Isu KUIN semakin panas apabila seramai lebih 200 orang kakitangan KUIN mengadakan himpunan mendesak Dato’ Jamil meletakkan jawatannya sebagai  Rektor KUIN. Himpunan yang dinamakan ‘Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0” itu diadakah dihadapan pejabat Rektor dan disertai pelbagai lapisan gred kakitangan KUIN dan juga turut disertai oleh pelajar KUIN. 

Walaupun hujan , namun  kakitangan KUIN tetap keluar di lapangan hadapan Pejabat Rektor bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Selain daripada warga KUIN turut kelihatan pihak keselamatan, wartawan media , alumni KUIN dan orang masyarakat setempat.

Desakan Jamil meletak jawatan itu adalah kerana kakitangan KUIN sudah hilang kepercayaan kepada  beliau yang telah banyak mengabaikan kebajikan kakitangan dan juga pelajar. Ini ditambah lagi dengan kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang tidak mampu beroperasi dengan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kewangan KUIN yang akhirnya mencetuskan krisis kewangan yang sangat kritikal. Berpunca daripada krisis pentadbiran yang hilang amanah dan pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kakitangan dan pelajar diheret menjadi mangsa seperti :
1.dinafikan kenaikan gaji kakitangan 13 %,
2.tidak membuat potongan gaji kepada bank walaupun telah dipotong gaji,
3.menolak kenaikan elaun kadar sara hidup RM 50.00,
4.kenaikan yuran pelajar yang amat mendadak dari RM 60 kepada RM 200 satu kredit,
5.mengenakan caj medical chek up kepada pelajar baru sebanyak RM150 hingga RM 250,
6.kenaikan yuran asrama pelajar
7.mengenakan caj untuk menyemak status kemasukan pelajar.
8.Dan lain-lain penganiyaan ( akan di dedahkan dalam artikel seterusnya)

Dalam menghadapi pelbagai krisis ini pihak kakitangan telah berusaha mengadakan rundingan dengan Jamil agar dapat diberikan penjelasan untuk penyelesaian kemelut namun Jamil langsung tidak mengendahkan semua tuntutan kakitangan. Berikut disenaraikan tindakan yang telah dilakukan kakitangan :

Awal Mei 2012
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sebuah jawatankuasa yang mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred  jawatan telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN.
14 Mei 2012 
Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di dalam KUIN.
20 Mei 2012
Pihak kakitangan menerusi MBJ telah pun mengemukakan surat dan memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN . Memorandum tersebut disampaikan kepada Rektor KUIN dan di buat salinan kepada pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah KUIN dan ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN.
30 Mei  2012
5 orang wakil kakitangan KUIN Mohamad Azki, Sajiah, Tawfek, Asri dan Arif telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam 12.30 pm, namun dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan seorang wakil sahaja iaitu Mohamad Azki. Dalam pertemuan tersebut Jamil memandang dingin terhadap isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya banyak menyoal tentang 'validility', bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada jam 4.00 petang Mohamad Azki terus ditukar Jabatan Pembangunan Kuala Ketil melalui surat pertukaran yang ditandatangani oleh Rektor.
19 Jun 2012
Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN
20 Jun 2012
Memo telah ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan dengan semua kakitangan KUIN bagi menjelaskan isu yang berbangkit namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindak balas dan respon terhadap perjumpaan tersebut.
26 Jun 2012
Disebabkan tempoh sebulan yang diberikan kepada Rektor KUIN untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak dibayar KUIN kepada pihak ketiga walaupun gaji dipotong di dalam slip gaji , maka beberapa kakitangan KUIN membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
28 Jun 2012
Pihak kakitangan kemudian melakukan rundingan dengan menjadikan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah sebagai orang tengah terhadap kes sebahagian kakitangan KUIN yang di tamatkan perkhidmtaan tanpa mengikut prosuder yang sah.

Desakan Jamil meletak jawatan bukanlah kali pertama , bahkan pada 19 Februari 2012 , pelajar-pelajar KUIN pernah berhimpun di hadapan wisma darulaman bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Kain rentang panjang juga direntang di hadapan wisma melaungkan slogan ‘Jamil letak jawatan rektor’.

Warga KUIN yang rata-ratanya sudah tidak mahu Jamil menjadi Rektor KUIN mengharap agar Menteri Besar Kedah juga bertanggungjawab dan mengambil tindakan memecat Jamil sekiranya Jamil masih tegar dan enggan melepaskan jawatannya sebagai Rektor.

Perhimpunan dijalankan secara aman dengan melaungkan desakan JAMIL MELETAK JAWATAN di samping  banner dan sepanduk kakitangan tidak mahu Jamil sebagai Rektor.

Kemelut KUIN dijangka dipercayai akan kembali reda dan dapat diselesaikan jika Jamil  berundur dari Rektor KUIN.