Pages

Sunday, 1 July 2012

PELAJAR KIDU JADI MANGSA PENIPUAN JAMIL

1 Julai - Admin Berita KUIN turut bersimpati dengan nasib pelajar KUIN yang belajar di Kolej Islam darul Ulum (KIDU) kerana menjadi magsa kezaliman dan penipuan Jamil.

Suatu ketika dahulu , Jamil yang baru sahaja mengisi borang menjadi Ahli PAS, cuba untuk menampakkan kerjasama dengan KIDU maka Jamil kononnya menawarkan kerjasama antara KUIN dan KIDU. Lantas calon pelajar baru KUIN yang tak layak (tak cukup syarat) kerana tak lulus satu atau dua mata pelajaran STAM dihantar untuk belajar di KIDU.

Apabila pihak Kementerian membuat serbuan baru-baru ini, semua tembelang Jamil terbongkar kerana Jamil sudah menipu Kementerian dengan melanggar peraturan Kementerian. Lalu Jamil menghantar Sayuti bagi memberi penjelasan kepada waris dan pelajar KUIN yang belajar di KIDU.

Sayuti yang telah terjangkit virus penipu jamil memberi penerangan kepada waris dan pelajar , antarannya :

- Pelajar yang tidak cukup syarat (tak lulus STAM) sebelum ini, tetapi sudah menduduki semula peperiksaan tersebut dan lulus , bolehlah terus menyambung pengajian di KUIN bukan di KIDU.

- Sebaliknya jika pelajar yang belum menduduki peperiksaan ulangan STAM atau masih tak lulus, diminta untuk menangguhkan pengajian dulu atau mereka berehat dulu hingga ambil STAM semula dengan llulus.

- Peperiksaan STAM boleh ambil 3 kali sahaja, jika tak lulus juga bolehlah tukar pengajian ke KIDU dengan mengambil Diploma KIDU

KESIMPULAN

- Pelajar KUIN yang belajar di KIDU lebih kurang 100 orang terpaksa menjadi mangsa penipuan Jamil. Dulu Jamil kata tidak ada masalah, sekarang Jamil lari, Sayuti jadi Balachi Jamil untuk tutup kelemahan Jamil.

- Bayangkan jika pelajar mengambil semula peperiksaan STAM tetapi gagal juga, mereka akan terpaksa dikeluarkan daripada KUIN, sedangkan mereka sudah habiskan masa yang lama dan menghabiskan duit beribu-ribu ringgit membayar yuran.