Pages

Tuesday 17 July 2012

NAIK PENTAS PARTI POLITIK : SURAT TUNJUK SEBAB UNTUK AZLINA , NADIA DAN FIRDAUS

18 Julai - Tindakan Azlina Zakaria, Nadia Murshida, Firdaus Salleh berada di atas pentas PAS di Kompleks PAS Kedah pada 16 Julai yang lalu dengan memberi penerangan rasmi kepada wakil-wakil pemuda setiap bahagian adalah sesuatu yang mencalarkan imej sebuah Universiti yang memartabatkan profesional akademik.

Siapa yang mengarahkan mereka membuat taklimat tersebut, samada Pemangku Pendaftar Mr Sayuti atau Jamil Rektor atau atas arahan parti PAS. Jika di atas arahan Universiti kita mendesak agar mereka kemukakan bukti memo atau surat arahan. Jika ia merupakan satu tindakan peribadi , tindakan tatatertib boleh dikenakan kerana mereka berceramah di atas pentas parti politik yang mempunyai logo parti.

Kita akan tunggu apa Mr SS akan buat . Sewajarnya Mr SS mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka yang hadir memberikan penerangan atas tiket parti. Atau Mr SS pun bersubhat sama dan enggan menonjolkan dirinya atas kepentingan jawatan dan diri.

Inilah KUIN sebuah Universiti yang telah dipolitikkan.