Pages

Sunday 22 July 2012

KUIN RESAH CARI DUIT NAK BAYAR GAJI KAKITANGAN KUIN BULAN JULAI

Kemelut dan krisis kewangan KUIN tidak boleh dirahsiakan lagi. Walaupun Menteri Berbohong (MB) Kedah , Azizan Razak dan seterunya Jamil Rektor mengatakan dan mempertahankan bahawa KUIN tidak menghadapi masalah kewangan namun ,inilah hakikatnya hikayat dua orang penipu besar dalam negeri Kedah.

Dahulu bila kita minta supaya dibayar tunggakan kepada pihak ketiga yang ditanggung kakitangan KUIN, tak mengaku bahawa KUIN tak ada duit. Setelah demonstrasi maka KUIN terpaksa gunakan semua duit yang dikorek untuk bayar, itu pun sebab :
- Selepas kakaitang buat demo
-Selepas kakitanag buat report Polis
- Takut nak hadapai isu KUIN dalam sidang DUN , jadi kenalah bayar sebelum sidang DUN pada 16 Julai yang lalu.

Kini duit KUIN dah kering , tak tahu nak cari mana duit lagi dah nak dikorek dan nak dipinjam atau nak minta sedekah, atau nak cari pertolongan atau nak rayu , hanya untuk membayar  gaji kakitangan KUIN  pada bulan Julai ini.

Apa pun kita tunggu, mungkin  seperti bulan lepas dan dua bulan lepas , KUIN terpaksa membayar gajji dua peringkat iaitu untuk gred 45 kebawah akan dibayar dulu dan gred 45 ke atas akan dibayar menjangkaui bulan semasa.

Ataupun jika kritikal sangat mungkin akan semua kakitangan akan dibayar lambat gaji.

Maklumlah , nak minta pinjam pada MBI mungkin dah malu dan kena diikat dengan kontrak perjanjian. kalau nak minta pada PTPTN supaya disegerakan pembayaran PTPTN tak mahu buat kerja gila tak ikut prosuder, dahulu Menteri Pembohong Azizan tembak KPT agar jangan masuk campur urusan KUIN. tapi bila ada masalah kewangan, KUIN pula minta KPT masuk campur untuk bayara lebih awal duit PTPTN.

Tapi ingat dalam akaun KUIN ada duit bantuan zakat yang sepatutnya perlu dibayar kepada pelajar Kedah KUIN pada bulan Julai , namun dibuat surat minta tangguh untuk dibayar pada pertengahan Ogos ini. Jika duit zkat digunakan untuk bayar gaji KUIN, pihak skuad BERSIH KUIN akan mengambil tindakan sewajarnay kerana menyalahgunakan wang zakat, jadiiii, jangan guna duit zakat pelajar bayar gaji kakitanagn KUIN bulan Julai yaaa Jamil. Duit zakat kedah tahun lalu bolehlah kelentong student bila perap lama-lama duit zakat dalam akaun KUIN, kini Jamil berhadapan dengan kakitanagan yang mengetahui semua pergerakan wang dan masalah dalaman KUIN.