Pages

Saturday 21 July 2012

MUNAJAT RAMADHAN : JAMIL MENINGGALKAN KUIN

Barisan sekretariat BERSIH KUIN telah bersetuju sebagai lanjutan daripada program 'Majlis Munajat Orang Yang Dizalimi' yang diadakan pada 19 Julai baru-baru ini untuk meneruskan usaha bermunajat pada Allah sempena bulan Ramadhan ini.

Justeru itu pihak sekretariat BERSIH KUIN memohon agar semua ahli gerakan yang juga kakitangan KUIN agar jangan lupa berdoa dan bermunajat pada Allah atas kezaliman yang dilakukan oleh Jamil untuk Allah membantu kita menunjukkan kekuasaan dan keajaiban Allah bagi mendengar rintihan kita setelah kita mendesak Jamil meletak jawatan , tetapi tetap Jamil enggan dan tegar. Tempiasan daripada munajat ini juga kepada MB Kedah yang dilihat menyokong kemungkaran dan kezaliman apabila terbukti Azizan mempertahankan Jamil yang memerintah KUIN ala hitler.

Kita tidak ada kuasa untuk menjatuhkan orang yang berkuasa atas tiket politik, maka marilah kita memohon kepada Allah yang maha berkuasa untuk melucutkan kezaliman dan kuasa yang sedang bermaharaja lela sekarang. Amiiinn.