Pages

Tuesday 31 July 2012

JAMIL PENING CARI DUIT NAK BAYAR GAJI BULAN JULAI, OGOS DAN BONUS RAYA, ADAKAH MBI SASARANNYA?

KUIN tak ada masalah kewangan, itu kata-kata Azizan dalam sidang media. Jamil yang bagi maklumat kata KUIN tak ada msalah kewangan. Kalau tak ada kenapa tak bayar tunggakan hutang pembekal barangan kepada KUIN hingga ada yang masih tertunggak dari tahun 2011. Kenapa tak boleh selesaikan pembayaran gaji kakitangan KUIN bagi bulan Julai. Menurut sumber Jamil kerana terdesak dengan maslah kewangan telah pergi ke PTPTN untuk mendapat wang tersebut lebih awal daripada tempoh namun belum pasti berjaya atau tidak. Lantas menulis surat kepada YAB Azizan memohon dana kewangan bagi tujuan gaji. Menurut sumber yang boleh dipercayai , Jamil akan memohon buat kali yang keseterusnya kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) sebanyak 2 juta. Khabarnya CEO MBI tak akan berikan wang jika Jamil enggan menandatangani perjanjian. Jenuhlah kau Jamil.... Kau berada dihujung karier kau..... berhentilah Jamil.....atau kami bagi Azizan berhenti , pas tu Jamil berambus dari KUIN.