Pages

Wednesday 18 July 2012

MB BUKAN MENTERI BESAR TETAPI MENTERI BOHONG

Jamil dan Azizan ibarat kekasih
Azizan patut malu dengan gelarannya sebagai seorang ustaz apabila tindakannya mempertahankan seorang yang mahazalim di dalam KUIN. Apa yang perlu lebih malu lagi ialah Azizan bukan menteri besar Kedah tetapi layak diberikan gelaran Menteri Bohong (MB) Kedah

Dalam isu KUIN Azizan kerap menggunakan teori BERBOHONG  dalam pentadbirannya. Antara pembohongan Azizan dalamisu KUIN.


1. Azizan dakwa diugut oleh Ulamak Tahfiz selepas demo 1 April 2012, sedangkan semua itu adalah tipuan kerana Azizan percaya cakap Jamil lantas Azizan mengarahkan dikeluarkan ulamak tahfiz dari KUIN ke Yayasan Islam Kedah

2.Azizan tipu dengan mengatakan KUIN swasta, sedangkan kakitangan KUIN adlah Badan Berkanun, buktinya :
    - Kenapa tak ada opsyen pertukaran kontrak perkhidmatan
    - Kenapa gaji kakitangan KUIN dan Insaniah Holding tak sama
    - Mana skim perkhidmatan KUIN sebagai swasta
    - Kenapa cuti dan lantikan kedua Jamil dibuat mengikut pekeliling JPA.

3. Azizan tipu dakwaan tuntutan kakitangan KUIN adalah  tak benar, sedangkan kakitangan KUIN telah membuat report polis bagi mengukuhkan lagi bukti dan menyusul laporan kepada SPRM.

4. Azizan kononnya nak berlakon kata dia MB yang baik, lantas kata kita berikan kebebasan bersuara kepada staf termasuk berdemo, namun hakikatnya Azizanlah yang suruh disegerakan peraturan tatatertib kakitangan KUIN disegerakan untuk pastikan kakitangan yang dia tak suka, akan diambil tindakan

5. Azizan tipu dalam Dewan Undangan negeri yang lalu , dia kata , calon pelajar Medic KUIN ada 300 orang dan akan ditapis untuk ambil 50 orang sahaja, namunsebenarnya nak cari tambah seorang pelajar Medic pun payah dan hingga kini bilangan pelajar Medic hanya 11 orang sahaja.

6. Azizan tipu dengan mendakwa , apabila kemelut KUIN berlaku , pelajar semakin bertambah, sedanngkan fakta sebenar seperti berikut :

Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900
Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600
Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri   900
Ada sebahagian program pengajian yang pelajarnya langsung tidak memberangsangkan :
- Program Ijazah Kejuruteraan  hanya seorang pelajar mendaftar , sedangkan programnya ada 3 Ijazah
- Postgraduate hanya  11 pelajar mendaftarkan diri
- Ijazah Perakaunan hanya 4 orang sahaja
- Ijazah Perniagaan hanya 6 orang sahaja.