Pages

Tuesday 10 July 2012

SAMBUTAN GRAND HI-TEA BERSIH KUIN DAPAT SAMBUTAN LUAR JANGKAAN

10 Julai -  Gerakan BERSIH KUIN telah menganjurkan Majlis Grand Hi-Tea BERSIH KUIN bertempat di WNS Homestay jalan Stadium Alor Setar bermula jam 5 petang hingga 7 petang. Program yang bertujuan untuk meraikan Tn Hj Mohd Najib Abdullah (Mantan Pendaftar) dan En Yusuf Ismail (Mantan Pemandu) juga diadakan sebagai rasa syukur dan terima kasih kepada semua kakitangan KUIN yang berani menyatakan kebenaran semasa himpunan aman pada 3 julai yang lalu selain jamuan sempena sambutan kedatangan  Ramadhan Al Mubarak.


Hampir 250 kakitangan, pelajar, warga media dan mantan staf KUIN hadir ke majlis tersebut. Majlis dimulakan dengab bacaan doa oleh Us Baihaki kemudian disusului oleh ucapan Ketua Gerakan BERSIH KUIN, Us Mohd Azki. Tn Hj Najib dan En Yusuf turut menyampaikan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua kakitangan yang banyak membantu mereka sebelum ini. Cenderamat khas bukan sahaja diberikan kepada mereka berdua , bahkan juga kepada 6 orang mangsa penganiayaan KUIN.

Pelbagai juadah disediakan untuk santapan , namun apa yang penting ialah ukhuwwah dan rasa kasih sayang sesama kakitangan KUIN merupakan azimat yang paling bermakna.

Turut disajikan ialah persembahan Multimedia sepanjang perjalanan aktiviti GERAKAN BERSIH KUIN. Kepada yang tak dapat hadir kerana bertembung dengan Kuliah dan urusan lain, kami iringi denan doa . Syabas dan terima kasih warga KUIN yang menjayakan GRAND HI TEA BERSIIH KUIN.