Pages

Friday 6 July 2012

PENGUNDURAN JAMIL SEMAKIN HAMPIR, KITA MESTI BEKERJA LEBIH KUAT

Pengunduran Jamil semakin hampir apabila KPT akan campurtangan dalam kemelut yang melanda KUIN sekian lama. Rupanya gelaombang putih yang melanda KUIN pasa 3 Julai yang lalu tidak sia2 dan telah membuahkan hasil.yang memberangsangkan. Tahniah kepada staf KUIN yang berani untuk berhimpun untuk menyatakan kebenara dan menolak penyelewengan dan kezaliman yang Jamil telah lakukan. Jamil pasti akan mengarah orangnya ke KPT untuk berbincang lebih awal.
 
Kita percaya dipihak Jamil dan kuncu2nya ketika ini akan cuba sedaya upaya untuk menutup segala kemungkaran yang mereka lakukan. Kuncu2nya akan sedaya upaya membantu jamil untuk menutup penyelewengan mereka seperti biasa yang telah mereka lakukan. tapi percayalah kuasa Allah melebihi daripada apa yang mereka rancangkan kerana Allah juga ada perancanhannya.
 
Oleh itu kepada sahabat-sahabat gelombang putih semua marilah kita sama-sama untuk membongkar kezaliman yang telah sekian lama Jamil lakukan kepada kita. Pastikan tidak seorang pun daripada kita bercuti pada minggu depan kerana besar kemungkinan pihak KPT akan turun pada minggu depan. kita akan bongkar segala kemungkaran dan kezaliman yang melibatkan wang rakyat negeri Kedah yang telah diamanahkan kepada Jamil untuk menguruskan KUIN tetapi deberikan kepada kroni2nya yang mempunyai agenda yang busuk.
 
Kita berharap pihak KPT akan memanggil staf yang bertepatan untuk membongkar rahsia sehingga tercutusnya Perhimpunan Aman pada 3 Julai yang lalu. KPT tidak boleh lagi berharap kepada top management atau lebih tepatnya Jamil sendiri untuk memilih staf untuk berdepan dengan KPT. Rujuklah kepada Dato' Hajjah Che Barni, Timb. Rektor Jaringan Industri dan Komuniti untuk perkara yang sebenar dan memilih staf yang bersesuaian untuk berdepan dengan KPT.
 
Wahai sahabat-sahabat gelombanng putih kuatkan semangan azamkan tekad untuk mencegah kemungkaran di KUIN. jangan hirau apa yang MB kata kerana kita percaya beliau hanya terima berita yang baik saja daripada Jamil. Mari kita terus berdoa di bulan yang mulia ini supaya Allah SWT memberkati segala usaha kita untuk selamatkan bumi KUIN yang tercinta