Pages

Thursday 5 July 2012

MARI SELONGKAR PEMBOHONGAN MB DISEBALIK SOKONGANNYA PADA JAMIL

5 Julai -Kenyataan MB Kedah menyokong mengekalkan kuasa diktator Jamil telah menyerlahkan siapa MB Kedah yang sebenar.
- Jamil berselindung disebalik MB Kedah.
- MB Kedah berselindung di sebalik politik PAS.

Dalam artikel ini saya akan menjawab semua pembohongan MB Kedah dalam kenyataan akhbarnya hari ini.

PERTAMA 

MB Kedah berkata kemelut KUIN sebenarnya bukan mengurangkan bilangan pelajar bahkan peningkatan bilangan pelajar setiap tahun memasuki KUIN.

JAWAPAN DAN ULASAN SAYA 

- Sebenarnya pertambahan program pengajian akademik tidak memberi kesan kepada pertambahan bilangan pelajar memasuki KUIN.
- Bilangan pelajar memasuki KUIN setiap tahun adalah merosot bukan semakin bertambah.
- Statistik kemasukan pelajar ke KUIN adalah seperti berikut :
          Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900
          Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600
          Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri   900
Ini memberi isyarat bahawa pertambahan program yang dijalankan di KUIN tidak boleh dibanggakan kerana tiada sambutan.
Menurut sumber, kemasukan pelajar tahun 2012, sebahagian program pengajian yang pelajarnya langsung tidak memberangsangkan :
- Program Ijazah Kejuruteraan  hanya seorang (1) pelajar mendaftar , sedangkan programnya ada 3 Ijazah
- Postgraduate hanya  11 pelajar mendaftarkan diri
- Ijazah Perakaunan hanya 4 orang sahaja
- Ijazah Perniagaan hanya 6 orang sahaja.

KEDUA 
MB berkata dakwaan dan tuntutan  kakitangan KUIN adalah tidak benar.

JAWAPAN DAN ULASAN

-Kakitangan KUIN sekarang bersedia memasuki fasa ketiga dalam desakan Jamil meletak jawatan.
-Kami tidak mahu menjawab isu ini dengan kata-kata, tetapi  tunggulah pihak penguasa datang mendedahkan segalanya dalam masa terdekat.
-Kami sayang KUIN dan mahu KUIN dibersihkan daripada tangan yang merosakkan, sebab itulah kami tak dedahkan maklumat berfakta pada umum.
Sekarang kenyataan MB Kedah telah mencabar kami, dan cabaran itu kami akan sahut dan buktikan kepada semua masyarakat Malaysia.

KETIGA 

MB berkata tindakan tatatertib tidak akan diambil bahkan memberikan kebebasan bersuara kepada kakitangan KUIN.

JAWAPAN DAN ULASAN

- Skrip yang sama MB pernah kata kepada pelajar yang berdemonstrasi pada tahun 2011 yang lalu. Apabila pelajar buat demo pada 11.1.11, MB puji pelajar berdemo dan kata tak akan ambil sebarang tindakan kerana memberikan kebebasan bersuara.
-Namun apabila demo kedua berlaku oleh pelajar tahfiz pada 1 April 2011, MB melenting dan mengarahkan Jamil mengambil tindakan tatatertib kepada 6 orang pelajar yang berdemo , juga mengenakan tindakan memecat jawatan Us Idrus serta merta dari Timbalan Dekan Al Quran , juga mengeluarkan Ulamak Tahfiz dari KUIN dan pindahkan ke Yayasan Islam Kedah..
-Dalam isu demo staf pun sama juga , hari ini MB kata tak akan ambil tindakan , kononnya nak bagi tau dia orang baik berikan kebebasan bersuara. Namun sebenarnya di belakang tabir MB memang nak sangat kakitangan yang berdemo dikenakan tindakan tatatertib terutama Mohd Azki dan Sajiah, tetapi hingga kini agar sukar untuk mencari peruntukan undang-undang  yang boleh bertindak demikian. Apatah lagi kaedah tatatertib kakitangan KUIN belum diwarta dengan rasmi. jadi MB terpaksalah pusing fakta kononya dia baik, berikan kebebasan bersuara.