Monday, 25 June 2012

KEMASUKAN PELAJAR BARU 2012 MEROSOT

Kemasukan pelajar baru bagi Julai intake bagi tahun 2012 mengalami kemerosotan yang teruk. Kredibiliti Firdaus PRO perlu dipertikaikan kerana banyak menjalankan tugas politik berbanding kerja Universiti hingga mengakibatkan ramai yang tak mengenali KUIN.

Sehingga kini hanya 900 pelajar baru mendaftarkan diri berbanding 1600 orang pada tahun 2011 dan 1900 bagi tahun 2010.

Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900
Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600
Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri   900

Ini memberi isyarat bahawa pertambahan program yang dijalankan di KUIN tidak boleh dibanggakan kerana tiada sambutan.

Menurut sumber, ada sebahagian program pengajian yang pelajarnya langsung tidak memberangsangkan :
- Program Ijazah Kejuruteraan  hanya seorang pelajar mendaftar , sedangkan programnya ada 3 Ijazah
- Postgraduate hanya  11 pelajar mendaftarkan diri
- Ijazah Perakaunan hanya 4 orang sahaja
- Ijazah Perniagaan hanya 6 orang sahaja.

Bilangan pelajar baru yang mendaftar tadi kebanyakkannya adalah dari Kuliah pengajian Islam. Kuliah Medic, Kejuruteraan, beberapa program di Muamalat sepatutnya Jamil kena kaji untuk tutup. Jamil jangan bangga dengan bilangan program sampai 49 program tapi tak ada sambutan

Sepatutnya dengan pertambahan program , bilangan pelajar akan bertambah,namun sebaliknya  , kekurangan pelajar memberi isyarat kepada kegagalan pentadbiran Jamil  memacu KUIN.