Wednesday, 27 June 2012

GELOMBANG PUTIH BERSEDIA KES REPRESENTASI DI JAB PERHUBUNGAN PERUSAHAAN ANAK BUKIT 28 JUN

Nasihat perundangan daripada peguam yang dilantik staf
Jamil bakal berhadapan dengan gelombang putih yang akan terus mendesak Jamil meletak jawatan apabila sudah bersedia dengan kes representasi En Yusof Ismail yang akan berlangsung di Jabatan Perhubungan Perusahaan Kompleks Kerajaan Persekutuan Anak Bukit jam 10.30 pagi ini.

Pihak gerakan gelombang putih telah bersedia dengan nasihat perundangan peguam yang dilantik.

Terdahulu semalam pihak kakitangan KUIN telah membuat laporan polisPECAH AMANAH di Pejabat Polis Daerah Kota Setar  kerana gaji yang perlu dibayar KUIN tidak disalurkan  kepada pihak ketiga seperti pihak bank dan institusi kewangan  menyebabkan berlaku tunggakan gaji berbulan-bulan sehingga ada di kalangan kakitangan yang menghadapi tekanan dari pihak Bank yang mendesak bayaran dibuat padahal gaji telah dipotong untuk potongan tersebut.