Pages

Tuesday 12 June 2012

ISU KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN DIBAWA KE JABATAN TENAGA KERJA

Dari kiri: Sofi, Azki di Jab Tenaga Kerja

11 Jun 2012:Kemelut kebajikan kakitangan KUIN terus di pandang sepi oleh Jamil. Jamil teus ego dengan enggan mengisytiharkan bahawa KUIN menghadapi masalah kewangan yang teramat sangat kritikal. Penafian kenaikan gaji 13 %, kenaikan elaun sara hidup,  bayaran tunggakan berbulan-bulan yangtidak dibayar oleh KUIN kepada pihak ketiga sedangkan gaji kakitangan sudah dipotong, pentadbiran yang kurapsi,  perjalanan anak anak syarikat yang banyak mendapat pertikaian dan lain-lain lagi. 
Oleh itu wakil kakitangan KUIN telah mengadakan perbincangan dengan pegawai  di Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perusahaan Kedah, Anak Bukit bagi terus mendapat jalan penyelesaiaan terhadap penganiyaan dan kezaliman yang dilakukan Jamil. 

Pertemuan dengan pegawai kakitangan berkaitan diwakili oleh wakil kakitangan iaitu Us Azki Hafizi , En Sofi dan beberapa kakitangan yang lain.