Pages

Thursday 7 June 2012

BERSIH JIWA KUIN 1.0 :SEMUA STAF WAJIB JAYAKAN PUASA SUNNAT REJAB DAN MUNAJAT

MESEJ DITUJUKAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN, PELAJAR DAN SELURUH WARGA  KUIN. JUGA SEMUA YANG SIMPATI KEPADA NASIB DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN YANG DIABAIKAN

Mari ramai-ramai jayakan program Mega BERSIH JIWA KUIN 1.0 :
                               Tarikh  : 11 Jun 2012 (Isnin)
                               Tempat : Akan dimaklumkan pada minggu hadapan

Aktiviti yang bakal dijalankan :

1. Semua amat dipohon agar berpuasa sunnat Rejab pada hari tersebut.
2. Solat sunnat Dhuha akan diadakan pada jam 9 pagi di surau KUIN
3.Majlis Berbuka Puasa Mega akan diadakan di lokasi yang akan dimaklumkan
4.Solat Maghrib berjamaah dan diikuti bacaan Yasin dan Solat Sunnat Hajat .
5.Solat Isyak secara berjamaah


Perkara yang perlu diberi perhatian :

1. TEMA WARNA PAKAIAN ADALAH PUTIH .
             - Semua kakitangan datang bekerja dengan memakai pakaian berwarna putih, sama ada
                baju, tudung atau jubah.
             - Pakaian Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat juga bewarna PUTIH.
2.Tempat bagi Majlis berbukan puasa dan bacaan Yasin akan dimaklumkan menerusi Blog ini, SMS dan edaran risalah pada hari isnin 11 Jun 2012.
3.Bawa bersama anda pada Majlis berbuka dan bacaan Yasin sanak saudara, suami , isteri, anak-anak, jiran tetangga, orang kampung dan teman bagi memerihakan lagi majlis.
4.Jika ada pihak-pihak yang minta diberikan komen seperti wartawan atau pihak-pihak penyiasat, jangan sekali-kali mengeluarkan komen .
5. Ikut arahan yang diberikan, kerja mesti SMART, jangan terpengaruh dengan provokasi pihak yang berkepentingan.

SELAMAT MENJAYAKAN