Friday, 29 June 2012

RAMZUL ANAK JAMIL CEMERLANG MASTER , PENUH PENIPUAN DAN MISTERI

Betul satu ungkapan "KALAU TAK BERBOHONG , BUKAN KUIN NAMANYA"

Ramzul Jamil
Ramzul anak Jamil perolehi keputusan yang terlalu cemerlang (3.8)


Kulliyyah Al-Quran (KAQ) sentiasa diselubungi pelbagai isu, skandal, dan macam-macam lagilah semenjak ditadbir oleh Pak Indon Azharuddin. Skandal dan isu KAQ bertambah menjadi-jadi sejak bermulanya program sarjana tahun lalu. Apabila bermulanya program sarjana KAQ maka Jamil melihat ini adalah ruang untuk anaknya Ramzul memperolehi master sekalipun anaknya langsung tidak ada asas dalam bidang al-quran. Jangankan nak menghafaz al-quran, nak baca pun lintang pukang macam mana nak menghafaz. Sedangkan silibus master KAQ mewajibkan pelajar menghafaz 2 juzuk al-quran (juzuk 29 dan 30). Sebahagian subjek pula diajar oleh pensyarah arab yang menggunakan bahasa arab 100% sedangkan Ramzul and the geng tak mampu berbahasa arab. Pelajar2 lain pulak yang nak kena ajar depa.

Bapak Din
Apa yang mencurigakan ialah setelah keluarnya keputusan peperiksaan semester pertama, Ramzul berjaya merangkul keputusan yang amat-amat terlalu cemerlang (3.8, awat tak bagi 4.0 ja Pak Indon) sedangkan pelajar lain yang sememangnya berpendidikan dalam bidang al-quran sejak dari peringkat diploma dan sudah menghafaz 30 juzuk al-quran pun hanya mendapat 3.6, 3.7 dan 3.8 saja. Ramzul hanya perlu menghafaz surah al-mulk (itu pun rasa2 tak habis satu surah kot) untuk memperolehi pointer 3.8. Nanti bila dah dapat master boleh lah Ramzul mengajar di KAQ dengan keputusannya yang cemerlang itu (lingkuplah KAQ nanti). Pesanan buat Bapak Dekan, buat baik berpada-padalah. 

Perkara ini akan kita panjangkan kepada pihak KPT. Minta KPT rujuk semula skrip jawapan peperiksaan Ramzul and the geng supaya segala bentuk salahguna kuasa oleh Bapak Dekan dihentikan. Jangan jadikan KAQ sebagai batu loncatan untuk kroni-kroni jamil mendapat master secara haram.