Tuesday, 12 June 2012

ADIK WAK : KUIN ANTARA SWASTA DAN AUTA

Mungkin ramai yang telah termakan penjelasan tak masuk akal dari MB Kedah si Azizan dengan menyatakan KUIN ialah swasta (IPTS) dan bukannya kerajaan(IPTA), tetapi disini Wak ingin menjelaskan serba sedikit maklumat terbaru yang Wak terima dari sumber boleh dipercayai di KUIN.


IPT ialah Institut Pengajian Tinggi. Jika sesebuah IPT itu milik penuh Kerajaan Persekutuan ianya akan dipanggil IPTA manakala IPTS pula ialah Institut Pengajian Tinggi Swasta(termasuk yang milik penuh kerajaan negeri). Tetapi apa yang perlu anda semua tahu ialah status kakitangan yang berkhidmat di IPTS milik Kerajaan negeri ini (contohnya KUIN) ialah bertaraf kakitangan Kerajaan. Dari hari melapor diri sehingga ke hari terakhir sebelum pencen mereka menggunaka pakai segala pekeliling perkhidmatan awam. Tetapi akibat mulut Azizan yang suka cakap pandai ini maka kini taraf dan hak istimewa sebagai penjawat awam di KUIN sudah tiada. Mai tang nak kena bagi 13% tukaq jadi swasta. Pandai hampa. Kena kat hampa semua. Nak tahu apa kesannya terhadap kakitangan KUIN yang selama ini berkerja bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama KUIN ini?

Kesan Pertama:
Tekanan dan emosi terganggu kerana tak dapat 13%. Ramai kakitangan yang telah berkira-kira untuk membeli rumah, menambahbaik rumah sedia ada(renovation), tukar kereta baru, tukar moto baru, buat personal loan, tambah tabungan dan lain-lain lagi. Rakan-rakan di jabatan lain dapat dan kenapa kami di KUIN tak dapat? DAN adakah kita semua tahu bahawa elaun mesyuarat MB dan semua Ahli Lembaga KUIN naik. Tang depa boleh pula naik tapi tang orang bawah ni depa tahan. Elaun Mesyuarat KUIN untuk MB sahaja naik dari RM 1,000 ke RM 2,000. manakala ahli-ahli lain naik dari RM 250 ke RM 1,000. Mana Kesejahteraan kepada Kakitangan? Sejahtera poket hampa. Canang merata kampung gaji dan elaun MB dan Exco potong masuk tabung kebajikan. Tapi tang ni hampa sebat rapat. Kena sebulan mesyuarat 3 kali kenyang hang Azizan.

Kesan Kedua:
Nak buat Personal Loan kat bank rakyat(tgh offer rate yang baik sekarang ni) pun x boleh kerana Bank Rakyat sekarang ni mengguna pakai laporan akhbar Sinar (Klik Sini) yang mana MB telah mengumumkan KUIN ialah swasta tanpa menerangkan secara lanjut Kakitangan atau Kolej itu yang berstatus swasta. Kini jika nak buat Loan kat bank rakyat anda hanya layak buat untuk tempoh 10 tahun dan jumlah maksimum pula RM 100,000 dengan kadar faedah ialah sebanyak 5.95% dan mungkin perlukan penjamin. Tinggi gedabak tu. Pihak Bank kata KUIN kini sama macam SADA. SADA xpa la dah Koperat dah. Gaji dah lain. Ni yang KUIN ni mcm mana pulak? Azizan ngan Jamil tak pa la. Tak dak duit depa buat mesyuarat. Dapat cash elaun mesyuarat. Bukan setakat Pinjaman peribadi, lain-lain pinjaman pun dah sukar nak mohon sebab Bank tak ada kepercayaan kepada majikan. BANK X PERCAYA KAT KUIN JIJAN OI. NI SEMUA PASAI HANG NGAN JAMIL LA.

Kesan Ketiga:
Lepas ni bila dah tak lagi guna Pekeliling Kerajaan maka Azizan dan Jamil mudah la nak serap masuk semua kroni depa yang dok ada kat Insaniah Holding tu. Swasta kira tak ikut Pekeliling la. Nak buat apa pun cuma tanya Azizan ngan Jamil ja. Depa kata apa pun kena ikut la. Lawan ja kena buang la. Tu semua trick lama la Jan ngan Mel. 

Sumber : http://adikwak.blogspot.com/2012/06/kuin-kini-swasta.html