Pages

Monday 11 June 2012

GELOMBANG PUTIH BERSIH TANGAN GHAIB KUIN

Sebahagian peserta berbuka puasa
11 Jun - Berpakain serba putih baik baju, kemeja dan tudung sebagai tanda protes terhadap kebajikan yang diabaikan oleh Jamil melambangkan kesatuan dan kesepakatan kakitangan KUIN untuk terus mendesak agar Jamil tunduk dengan desakan kakitangan KUIN memperolehi hak dan kebajikan mereka semula.
Majlis yang dinamakan BERSIH JIWA KUIN 1.0 dimulakan dengan semua kakitangan KUIN berpuasa dan diikuti dengan solat Dhuha pada jam 9.30 pagi.
Disebelah malam acara dimulakan dengan Majlis berbuka puasa dan diikuti dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat. Majlis dihadiri lebih 120 orang kakitangan. Terlebih dahulu majlis diberikan penerangan dan taklimat terhadap pengabaian Jamil terhadap kebajikan kakitangan KUIN selain tuntutan yang dipandang sepi oleh Jamil seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Turut hadir pelajar KUIN, sanak saudara kakitangan KUIN dan orang perseorangan.
Gelombang Putih
Gelombang Putih















SUMBER : Pihak admin Berita KUIN tiak bertanggungjawab dengan artikel yang dihantar menerusi email.