Pentadbiran Kerajaan Kedah kini semakin berkecamuk apabila sebilangan pemimpin parti yang menerajui kerajaan negeri mengisytiharkan perang terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai tadbir Kerajaan Kedah (KCS).

Indah khabar daripada rupa slogan "Kedah Sejahtera" yang diuar-uarkan kerajaan negeri, Kedah sebenarnya tidak pernah sejahtera dalam erti kata sebenar sejak pakatan parti pembangkang merampas negeri ini daripada BN pada pilihan raya umum 2008.

NONESatu demi satu masalah timbul dalam pentadbiran yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Masalah yang pada mulanya hanya berkisar mengenai perbezaan pendapat antara parti pakatan iaitu PAS, PKR dan DAP kemudian merebak kepada masalah perbalahan sesama pemimpin dalam parti.

Paling jelas pada awal tahun ini, masalah "perbezaan pendapat yang ketara" timbul antara Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, dengan Timbalan Pesuruhjaya 1 Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Pesuruhjaya 2 Dr Ismail Salleh, sehingga kedua-duanya enggan dilantik semula sebagai Exco.

Masalah itu, yang memaksa campur tangan PAS pusat, berjaya "didiamkan" walaupun hakikatnya "perbezaan pendapat" terus berlaku selepas Phahrolrazi dan Dr Ismail menerima pelantikan semula Exco, dengan portfolio kurang mencabar.

Kini timbul satu lagi masalah apabila pemimpin akar umbi PAS dan PKR dilihat seolah-olah mengisytiharkan "perang" terhadap pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

NONERamai berpendapat kerajaan Kedah kini lumpuh apabila pemimpin utama berbalah sesama sendiri manakala pemimpin akar umbi pula bermusuh dengan pegawai kanan kerajaan negeri sehingga ke tahap mahu menentukan sendiri pegawai kerajaan di kawasan masing-masing.

"Perang" antara pemimpin akar umbi dengan pegawai kerajaan negeri sudah lama berlaku tetapi kini semakin buruk apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir menjadi sasaran ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP).

Tindakan Rasli menukar Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu Ahmad Fisol Md Nor mendapat bantahan beberapa ahli Majlis Daerah, yang mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma Darul Iman bulan lepas.

Tidak cukup dengan itu, pada Isnin lepas mereka meletakkan sepanduk dan poster supaya Rasli meletakkan jawatan atau digantikan. Kumpulan itu mendakwa Rasli menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan Ahmad Fisol sebagai pegawai daerah Kuala Muda.

Ahmad Fisol, yang dilantik sebagai pegawai daerah Kubang Pasu pada November tahun lepas, dipindahkan ke Kuala Muda bulan lepas dan digantikan dengan Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani.

Perpindahan Ahmad Fisol itu menyebabkan beliau bukan lagi yang dipertua MDKP, jawatan yang secara automatik turut disandang sesiapa yang memegang jawatan Pegawai Daerah Kubang Pasu.

Azizan dalam satu sidang media selepas mesyuarat Exco minggu lepas berkata pertukaran Ahmad Fisol itu dilakukan mengikut prosedur dan tiada sebarang kesalahan dalam pertukaran itu.

Seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang enggan namanya disiarkan berkata pertukaran tempat bertugas bagi KCS adalah perkara biasa dan hal yang melibatkan pegawai daerah adalah kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri.

Selain itu, pelantikan pegawai daerah, yang ada di antara mereka turut memegang jawatan yang dipertua majlis daerah, mendapat perkenan Sultan Kedah.

Masalah serupa pernah timbul tahun lalu apabila sekumpulan 17 anggota Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) menyerahkan memorandum kepada Azizan membantah tindakan Yang Dipertua MPSPK Rozaina Radzi dan setiausaha majlis itu, Radzuan Osman, merobohkan gerai-gerai haram di Jalan Cinta Sayang di bandar itu.

Mereka meminta kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain. Apabila tindakan mereka itu tidak dilayan, 17 ahli majlis berkenaan bertindak memboikot semua mesyuarat MPSPK. (Lagi berita klik READ MORE )