Pages

Saturday 13 October 2012

7 SEBAB KENAPA JAMIL PERLU LETAK JAWATAN

Sumber :  Angin Perubahan

Dr. Jamil Osman, dilantik sebagai Rektor baru Kolej Universiti Insaniah (Kuin) oleh Azizan Razak. 19 Februari 2012, Rektor diminta letak jawatan oleh pelajar bila ada isu wang zakat diambil tanpa pengetahuan pelajar. 

50% wang zakat pelajar dipotong tanpa pengetahuan pelajar dengan alasan ada pelajar yang mempunyai tunggakan melebihi RM2,000. Ini isu yang pertama.

Kedua, Rektor diminta letak jawatan kerana dua blok asrama Farabi, Mergong dan enam blok asrama berdekatan Stargate tidak punyai sijil layak menduduki dan tiada ciri keselamatan. 

Ketiga, Rektor telah naikkan yuran RM200 untuk setiap jam kredit dan menaikkan caj RM25 untuk semakan status akademik. 

Keempat, Rektor telah menyalahgunakan kuasa dengan menghadiri mesyuarat pada 23 April 2012 dan membuat keputusan ketika sedang bercuti. Sedangkan tempoh bercuti tamat pada 11 Mei 2012. 

Kelima, Rektor sudah dilantik melebihi 4 tahun sedangkan tempoh kontrak adalah 3 tahun seperti mana yang terkandung dalam peruntukan OS11000 dan OS2900. 

Keenam, Rektor KUIN tersebut telah melantik 6 orang yang mempunyai kaitan keluarga dengan beliau dalam KUIN dan juga anak syarikat yang ada hubung kait dengan KUIN. 

Ketujuh, Rektor KUIN telah melantik 8 orang dalam KUIN yang mempunyai gaji yang agak lumayan dan tidak setimpal dengan justifikasi kerja yang ada.