Pages

Saturday 20 October 2012

JAMIL BAKAL DISAMAN PEMANDU


Setelah isu penamatan kontrak perkhidmatan telah dikeluarkan KUIN kepada En Yusuf Ismail, kes dibawa kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Namun setelah En Yusuf hadir memberi keterangan di JPP dan Jamil menghantar Mr SS sebagai mewakili KUIN maka keputusan yang dikeluarkan oleh JPP ialah JPP tidak dapat campur tangan kes tersebut kerana nyata dan jelas bahawa KUIN adalah tertakluk pada pekeliling Kerajaan dan KUIN bukanlah swasta. Ini dinyatakan dengan jelas pada surat yang dihantar En Yusuf sebagai laporan selepas perbincangan dilakukan.

Dengan surat daripada JPP itu sahaja sudah jelas bahawa Jamil adalah pembohong kerana Jamil berkata KUIN adalah swasta hanya kerana tak mahu menaikkan gajij kakitangan untuk pemberian 13 %.

Pasukan Gerak Khas BERSIH KUIN menyarankan supaya Jamil bersiap berhadapan dengan tindakan undang-undangn yang akan diambil dalam masa terdekat.
Peguam KUIN yang dilantik jangan nak cari jalan nak membohong pulak, selepas banyak kes kerana menurut sumber bahawa sebelum ini di dapati suka bohong. Tapi nak bohong pun tak mengapa kami geng BERSIH, kebenaran akan tertegak walaupun musuh guna taktik bohong.

Sebelum ini En Yusuf telah pun mengisi opsyen menerima tawaran pencen umur 60 setelah Jabatan pendaftar mengeluarkan opsyen tersebut namun KUIN dengan kelicikan Jamil telah memberhentikan  En Yusuf (pemandu Jabatan) tanpa mengikut prosuder yang betul.