Pages

Wednesday 31 October 2012

KUIN KALAH LAGI 2 : 0, ISU SAMAN KUIN, EN SHIAK FAISOL MENANG, KUIN KENA BAYAR 1.5 JUTA


Komplek Mahkamah Alor Setar
31 Oktober - Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga , gigi pula patah ternganga nganga. Itulah pepatah yang boleh diberikan kepada Jamil . Jamil yang sedar bahawa KUIN menghadapi krisis kewangan yang teramat sangat kritikal , kini terpaksa pula membayar saman En Shiak (pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd  yang bedaftar di Kelab Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah) yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini sebanyak 1.5 juta.

Pada pertengahan tahun ini juga KUIN juga telah disaman oleh 5 orang mahasiswa KUIN yang digantung pengajian dari KUIN kerana hanya menegur Jamil dengan menyatakan perasaan tidak puas hati mereka di dalam demonstrasi. Akhirnya selepas 5 pelajar tersebut menyaman KUIN, KUIN kalah dengan pelajar walaupun KUIN melantik Kapal Sigh menjadi peguam mewakili KUIN.

Jamil telah kalah dua kali dalam saman terhadap KUIN yang kurapsi di bawah pentadbiran Jamil. Terkini Jamil akan menghadapi saman dari seorang pemandu kerana memberhentikan perkhidmatannya tanpa mengikut prosuder yang sah.

Kini KUIN menghadapi kerumitan kewangan yang teramat sanagat kerana selain daripada sudah ada pembekal yang telah menyaman KUIN yang tak bayar hutang, dan ada yang dalam proses nak saman KUIN kerana tak bayar hutang, kini KUIN juga telah kalah dalam saman kerana tak bayar hutang kepada En Shiak sebanyak 1.5 juta.


Kuasa Allah kalahkan Jamil walaupun menipu
Untuk rekod sebelum ini admin blog telah mendedahkan  En. Shiak Faisol telah melakukan perjanjian yang dipersetujui antara syarikatnya dan KUIN  selama 3 tahun bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap pelajar.

Jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM 2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan ( enam semester pengajian). KUIN hanya membuat bayaran untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00, selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran seperti di dalam kontrak.