Pages

Wednesday 17 October 2012

KUIN TERDESAK KEWANGAN MENGURUS UNIVERSITI : PELAJAR MENJADI MANGSA SETERUSNYA, YURAN AKAN TERUS DINAIKKAN

Berdasarkan pengamatan admin blog setelah membaca portal pelajar KUIN, memang kasihan betul pelajar KUIN yang akan terus dinaikkan yuran terutama Yuran Asrama walaupun sevis asrama tiada perubahan namun duit mereka terus dicekik. Baca kenyataan rasmi KUIN dalam Portal seperti di bawah :

PEMAKLUMAN BERKAITAN KENAIKAN YURAN ASRAMA SESI 2012/2013.

Pihak universiti telah menetapkan kenaikan yuran sebanyak RM 20 sebulan. Draf kenaikan adalah seperti berikut :
Sesi Harga sebulan Bulan
pengajian
Jumlah yuran
2011/2012 RM 70.00 X 5 = RM 350.00
2012/2013 RM 90.00 X 5 = RM 450.00
Keputusan kenaikan yuran ini diputuskan oleh INSAN Holding (sebagai pihak yang menawarkan perkhidmatan) bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Bahagian Kediaman dan Jawatankuasa Asrama (JAKSA) kedua-dua kolej kediaman melalui satu mensyuarat
bertarikh 23 Jun 2012. Kenaikan sejumlah ini dirasakan mampu bagi pihak-pihak yang terlibat di dalam mesyuarat, berikutan dengan frasarana kediaman yang sedia ada sekarang kepada penghuni kediaman.
Sebab-sebab kenaikan :
1. Kos operasi, penambahbaikan dan penyelenggaraan asrama dari masa ke semasa.
2. Peningkatan kos pengurusan dan pentadbiran asrama.
Pihak Bahagian Kediaman, Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti INSANIAH berharap semua pihak dapat berlapang dada dengan keputusan yang telah diputuskan.