Tuesday, 9 October 2012

RUMAH SOBRI ABDULLAH HANGUS TERBAKAR

10 Oktober - Malang tidak berbau. Itulah perumpaan yang menimpa rakan warga kerja KUIN En Sobri Abdullah atau lebih dikenali dengan Sobri Imegresyen apabila rumahnya di kampung Yan Kedah hangus terbakar malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar 10 malam dipercayai berpunca daripada lintar pintas elektrik di bahagian atas rumah. Ketika kejadian ibu dan ayahnya sedang beristirehat di aras bawah, tiba-tiba mendengar dentuman kuat di bahagian atas rumah.  Melihat api marak menyala,mereka  bergegas menyelamatkan dirisehelai sepinggang tanpa dapat menyelamatkan harta benda yang lain .

Kejadian berlaku secepat 20 minit itu memusnahkan harta benda bernilai ratusan ribu ringgit termasuk wang tunai puluhan ribu ringgit.

Namun syukur tiada kemalangan jiwa berlaku. Skuad BERSIH KUIN mengucapkan takziah dan bersabar kepada en Sobri dan keluarga.

SKUAD BERSIH KUIN akan melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.