Pages

Tuesday 9 October 2012

ISU MQA IJAZAH TAHFIZ KUIN: KPT AKAN TURUN BUAT SISATAN DALAM WAKTU TERDEKAT

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dikhabarkan akan turun ke KUIN untuk membuat penyiasatan mengenai isu Ijazah Tahfiz tidak mempunyai pengiktirafan MQA dalam masa terdekat. 

Menurut sumber, sepatutnya KPT akan turun pada minggu ini, namun tarikh mungkin akan ditunda mengikut kesesuaian dan keadaan pihak KPT. 

Isu ini hangat apabila 7 orang graduan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Quran di KUIN dan telah menerima skrol di majlis konvokesyen daripada Seri Paduka Baginda Agong pada 17 September, namun pihak Kuliah Quran belum lagi menyerahkan dokumen pengiktirafan kepada MQA. 

Setelah isu ini meletup di media tempatan, pihak Kuliah Quran baru mengemukakannya kepada MQA pada 27 September 2012. 

Pada masa yang sama Azizan dan Jamil berbohong dengan mengatakan dokumen adalah di peringkat akhir , namun sebenarnya hantar pun belum lagi ketika itu.

Kita tunggu sahaja apa hasil siasatan KPT nanti. Jika benar-benar bersalah kita harap Jamil selaku Ketua Eksekutif KUIN dikenakan tindakan. Apabilan Jamil dikenakan tindakan , Jamil layak untuk dikenakan tatatertib KUIN atau jamil perlu letak jawatan.