Saturday, 6 October 2012

IJAZAH TAK IKTIRAF GRADUAN TAK BOLEH MOHON J-QAF , KERJA DRIVER TAXI DAN KEDAI U

Beberapa hari yang lalu admin blog telah secara kebetulan pergi ke kedai runcit U Station (Belakang KUIN) nak beli sesuatu. Masa nak bayar di kaunter, terperasan macam kenal ja mamat yang jaga kaunter ni.  Bila admin tanya , bukan awak budak KUIN ka? Dia jawab , beliau adalah adalah graduan Ijazah Quran . Terus admin tanyakan isu Iijzah tak iktiraf, beliau dengan rasa sedih menyatakan , nak buat macam mana abang, ijazah tak laku nak mintak kerja Kerajaan tak boleh, jadi cashier  jadi lah, saya bukan orang senang.

Manakala seorang lagi graduan yang menimpa nasib yang sama apabila tidak layak untuk memohon J-QAF yang telah dibuka permohonan hanya mampu bekerja sebagai pemandu taxi di Bandaraya Kuala Lumpur bagi menampung kos kehidupan.


Jamil dan Bapak Azharudin mesti tanggungjawab atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang!