Pages

Wednesday 10 October 2012

PENGABAIAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN : KAKITANGAN SOKONGAN SEMENTARA TIDAK DI TUKAR STATUS KE TARAF TETAP WALAUPUN MENJANGKAU LEBIH 1 TAHUN

Kakitangan sokongan adalah antara penggerak utama KUIN. Mereka dikerah untuk bekerja bagi menaikkan nama KUIN. Buktinya semua kakitangan sokongan menunjukkan komitmen yang tinggi pada Majlis Konvokesyen baru baru ini walaupun hati mereka agak terkilan denan banyak pengabaian kebajikan mereka. Mereka bekerja lebih masa, mengorbankan masa dengan keluarga dan lain lain lagi.

Malangnya bagi sejumlah besar kakitangan yang telah diberikan taraf SEMENTARA selepas menjalani proses temuduga pada tahun lalu, namuun selepas genap setahun , mereka sepatutnya dijanjikan mendapat status TETAP tetapi mereka hanya disambung 6 bulan sahaja dengan taraf yang sama iaitu 'SEMENTARA' .

Keputusan ini dibuat semasa mesyuarat jawatan kuasa pemilih dan kenaikan pangkat yang dipengerusikan oleh Jamil. Dalam kepeutusan tersebut Jamil mengatakan bahawa ada sebahagian di kalangan mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tugas. Mereka sebahgian besar telah berkhidmat di KUIN melebihi 3 hingga 5 tahun, ini beerti pengalaman dan komitmen yang sangat baik ditunjukkan mereka.

Beberapa persoalan yang ingin admin lontarkan kepada Jamil dan semua ahli mesyuarat :
-Kenapa membuat hukuman secara umum bahawa mereka sebahagian mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik. Jika benar kenapa sebahagian yang menunjukkan prestasi yang baik tidak diberikan kenaikan traf status kepada TETAP
- Bukankah yang akan menilai kerja mereka ialah ketua jabatan masing-masing bukannya Jamil. Kenapa tidak diminta ketua jabatan menilai prestasi mereka? 
- Mereka telah dijanjikan sebelum ini, barangsiapa yang menunjukkan prestasi baik mereka akan ditukur status ke TETAP dengan sokongan ketua Jabatan.
- Atau memang sengaja Jamil dan kroni tak mahu bagi tetap , bimbang mereka akan laawan Jamil.
- Jika dilihat dari sudut masalah kewangan , gaji mereka bukanlah tinggi mana pun, berbanding hgaji kroni Jamil yang hampir mencecah RM35,000.00 .

Jamil memang seorang Ketua yang tidak pandai menjaga kebajikan pekerja, melainkan pekerja itu kuat bodek dan kroninya.