Pages

Wednesday 10 October 2012

PENGABAIAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN : JURUTUNJUK KULIAH QURAN BERTUGAS LEBIH 4 TAHUN TANPA PEMOTONGAN KWSP

Anda sedar atau tidak sebahagian kakitangan yangtelah berkhidmat di KUIN melebihi 3 - 4 tahun tidak dibuat caruman pekerja pemotongan KWSP . Mereka adalah kakitangan guru tunjuk di Kuliah Al Quran.

Pengabaian kebajikan mereka memang amat ketara walaupun mereka telah berkhidmat di KUIN sebahagiannya melebihi 4 tahun  :
- Tidak ada slip gaji, menyebabkan mereka tidak boleh untuk membuat sebarang pinjaman seperti kenderaan dan lain-lain.
- Mereka hanya diberikan elaun harian. Bermaksud mereka tidak mendapat bonus atau sebarang ganjaran seperti kakitangan yang lain walaupun kerja mereka sama dengan pekerja lain.
- Mereka tidak dipotong caruman KWSP, dan ini adalah salah dari sudut undang-undang apabila pekerja tidak dipotong KWSP. Skuad BERSIH KUIN memberi masa kepada pihak Jamil satu minggu sahaja untuk selesaikan caruman KWSP mereka. Jika Jamil degil , tindakan undang-undang akan diambil.
- Pembayaran elaun bulanan dibuat lambat sehingga mencecah bulan  seterusnya dan pernah terjadi pembayar dibuat pada hujung bulan seterusnya, sedangkan amount setiap guru tunjuk tidaklah tinggi mana pun jika dibandingkan dengan gaji Jamil dan kroninya.

Inilah pengabaian kebajikan Jamil kepada kakitangan KUIN. Jamil jadi ketua tetapi tak pandai menjaga kebajikan pekerja.