Monday, 15 October 2012

KESIAN GRADUAN PELAJAR IJAZAH QURAN

7 graduan Sarjana Muda Quran KUIN menjadi mangsa politik Jamil. Temuduga SPA tolak sijil KUIN tanpa MQA

Alkisahnya cerita pasai salah seorang pelajar lulusan sarjana muda alquran kuin. Hari ini bekas pelajar tersebut menghadiri temuduga jawatan kerajaan dengan SPA Kedah. Apabila ditunjukkan sijil atau transkrip markah yang tertulis "sarjana muda alquran" dari KUIN maka dengan spontan panel penemuduga berkata kepada beliau, "ijazah kamu tak layak untuk jawatan ni sebab belum dapat pengiktirafan penuh MQA, takpa kamu balik dulu nanti bila dah diiktiraf kamu cuba lagi". 
Bayangkan betapa besarnya malu, masa dah banyak habis, duit dah puluh-puluh ribu belanja untuk bayar yuran tapi malangnya dapat ijazah yang tak laku. Kalau nak minta jawatan kat kedah pun tak laku macam mana nak minta jawatan kat federal. Sapa nak bagi?. Terfikir juga macam mana Taulan Rasul kata boleh pohon jqaf sedangkan jawatan dalam negeri pun tak layak. Taulan...Taulan...main hantam saja...
Taulan tipu dengan berkata JQaf boleh minta guna tanskrip. Wahai Taulan, temuduga SPA Kedah pun tak dilayan apatah lagi J Qaf yang Pusat. SANGGUP TIPU KELUAR KENYATAAN AKHBAR DEMI POLITIK.

Seorang lagi ni pulak lain sikit ceritanya, katanya ramai yang nak tolong dia dapatkan kerja tapi bila depa dapat tahu yang ijazah alquran belum diiktiraf maka tak dapatlah depa nak tolong.

Caca merba betullah KUIN la ni. Last-last maka 3 orang kerja kat U-Station...1 orang bawak teksi...2 orang masih menganggur dan 1 orang lagi mengajar di sekolah swasta milik abangnya. Jadi jumlahnya 7 orang. Taulan kata ada yang dah pi sambung luar negeri...ish ish ish...mana ada Taulan...yang pi luar negeri tu budak2 lepasan diploma itupun depa pi tumpang sijil MANHAL...harapkan KUIN pakai dapat sijil tak laku pulak lah depa...