Pentadbiran Kerajaan Kedah kini semakin berkecamuk apabila sebilangan pemimpin parti yang menerajui kerajaan negeri mengisytiharkan perang terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai tadbir Kerajaan Kedah (KCS).

Indah khabar daripada rupa slogan "Kedah Sejahtera" yang diuar-uarkan kerajaan negeri, Kedah sebenarnya tidak pernah sejahtera dalam erti kata sebenar sejak pakatan parti pembangkang merampas negeri ini daripada BN pada pilihan raya umum 2008.

NONESatu demi satu masalah timbul dalam pentadbiran yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Masalah yang pada mulanya hanya berkisar mengenai perbezaan pendapat antara parti pakatan iaitu PAS, PKR dan DAP kemudian merebak kepada masalah perbalahan sesama pemimpin dalam parti.

Paling jelas pada awal tahun ini, masalah "perbezaan pendapat yang ketara" timbul antara Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, dengan Timbalan Pesuruhjaya 1 Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Pesuruhjaya 2 Dr Ismail Salleh, sehingga kedua-duanya enggan dilantik semula sebagai Exco.

Masalah itu, yang memaksa campur tangan PAS pusat, berjaya "didiamkan" walaupun hakikatnya "perbezaan pendapat" terus berlaku selepas Phahrolrazi dan Dr Ismail menerima pelantikan semula Exco, dengan portfolio kurang mencabar.

Kini timbul satu lagi masalah apabila pemimpin akar umbi PAS dan PKR dilihat seolah-olah mengisytiharkan "perang" terhadap pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

NONERamai berpendapat kerajaan Kedah kini lumpuh apabila pemimpin utama berbalah sesama sendiri manakala pemimpin akar umbi pula bermusuh dengan pegawai kanan kerajaan negeri sehingga ke tahap mahu menentukan sendiri pegawai kerajaan di kawasan masing-masing.

"Perang" antara pemimpin akar umbi dengan pegawai kerajaan negeri sudah lama berlaku tetapi kini semakin buruk apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir menjadi sasaran ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP).

Tindakan Rasli menukar Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu Ahmad Fisol Md Nor mendapat bantahan beberapa ahli Majlis Daerah, yang mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma Darul Iman bulan lepas.

Tidak cukup dengan itu, pada Isnin lepas mereka meletakkan sepanduk dan poster supaya Rasli meletakkan jawatan atau digantikan. Kumpulan itu mendakwa Rasli menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan Ahmad Fisol sebagai pegawai daerah Kuala Muda.

Ahmad Fisol, yang dilantik sebagai pegawai daerah Kubang Pasu pada November tahun lepas, dipindahkan ke Kuala Muda bulan lepas dan digantikan dengan Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani.

Perpindahan Ahmad Fisol itu menyebabkan beliau bukan lagi yang dipertua MDKP, jawatan yang secara automatik turut disandang sesiapa yang memegang jawatan Pegawai Daerah Kubang Pasu.

Azizan dalam satu sidang media selepas mesyuarat Exco minggu lepas berkata pertukaran Ahmad Fisol itu dilakukan mengikut prosedur dan tiada sebarang kesalahan dalam pertukaran itu.

Seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang enggan namanya disiarkan berkata pertukaran tempat bertugas bagi KCS adalah perkara biasa dan hal yang melibatkan pegawai daerah adalah kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri.

Selain itu, pelantikan pegawai daerah, yang ada di antara mereka turut memegang jawatan yang dipertua majlis daerah, mendapat perkenan Sultan Kedah.

Masalah serupa pernah timbul tahun lalu apabila sekumpulan 17 anggota Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) menyerahkan memorandum kepada Azizan membantah tindakan Yang Dipertua MPSPK Rozaina Radzi dan setiausaha majlis itu, Radzuan Osman, merobohkan gerai-gerai haram di Jalan Cinta Sayang di bandar itu.

Mereka meminta kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain. Apabila tindakan mereka itu tidak dilayan, 17 ahli majlis berkenaan bertindak memboikot semua mesyuarat MPSPK. (Lagi berita klik READ MORE )



sivamurugan pandian saiful bukhari sodomy allegations penang 020708 01Mengulas kemelut berkenaan, penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata ahli majlis tidak sepatutnya campur tangan dalam pelantikan pegawai kerajaan.

Katanya ideologi politik ahli-ahli majlis tidak boleh mempengaruhi keputusan dalam menentukan kedudukan pegawai kerajaan kerana ia melanggar norma dan mempunyai kepentingan sendiri.

"Saya tak pernah dengar keadaan seperti ini (ahli majlis boleh menentukan pegawai yang akan bekerjasama dengan mereka). Jika dibenarkan akan menimbulkan keadaan tidak menentu yang melibatkan majoriti rakyat," katanya.

Beliau berkata pelantikan pegawai kerajaan melibatkan banyak pihak termasuk Sultan Kedah dan perlu mematuhi prosedur sedia ada.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata parti pembangkang boleh dianggap cuba mencampuri pentadbiran kerajaan Kedah apabila mendesak tindakan diambil terhadap Rasli.

Ahmad Bashah berkata Rasli sebagai pegawai kerajaan, melakukan apa yang terbaik bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan, serta memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.

"Apa yang mereka hendak bisingkan sangat? Pertukaran pegawai kerajaan adalah perkara biasa dalam pentadbiran. Siapa mereka hendak beritahu Setiausaha Kerajaan Negeri, yang orang ini boleh tukar dan orang itu tidak boleh tukar?

"Tidak perlu sesiapa campur tangan urusan pegawai kerajaan negeri, biarkan pegawai kerajaan laksanakan tugas mereka dengan penuh profesional," katanya sambil menyatakan bahawa tindakan mengadakan demonstrasi dan bantahan mengecam seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah berlaku sebelum ini.

-Bernama 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun di dalam lama blog DETIK DAILY LAIN PULA ulasannya  sili KLIK di sini untuk lebih lanjut isu Panas Kedah 

JITRA – Ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan tindakan mereka cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Kedah di dalam hal ehwal berkaitan perlantikan Yang Dipertua,Majlis Daerah KubangPasu.
Ketua Whip Ahli Majlis, Basir Ismail berkata, beliau begitu hairan apabila masih ada pihak yang mempertahankan tindakan Setiusaha Kerajaan, DatukRasli Bin Basir bahawa ianya seolah-olah sah dari segiundang-undang.

Barangkali mereka tidak baca undang-undang (Akta 171) atau pun buat-buat tidak paham ataupun sengaja mahu memutar belit isu ini supaya perkara berkaitan undang-undang tidak lagi menjadi asas untuk diberi perhatian di dalam penyelesaian isu ini, katanya.

Memetik laporan Bernama yang ditulis oleh Kamarul Ariffin Mohd Yassin, Basir berkata jelas maksud yang cuba disampaikan cuba mengelirukan orang ramai dan berunsur provokatif.

Sejak awal isu ini dibangkitkan, kami (ahli majlis) tidak pernah menyerang pegawai tadbir (KCS) Kedah, sebaliknya member fokus ke atas tindakan Setiausaha Kerajaan yang secara jelas membelakangkan bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri,sekaligus tidak sah dan ultra vires,katanya kepada Sinar Harian.

Dalam hal ini saya difahamkanmajoriti pegawai tadbir negeri yang menyokong tindakan kami.Tindakan membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri atau pun memanipulasi kuasa oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bukan perkara baru, malah ia telah diperhatikan sejak awal lagi
.
Persoalan  kami kepada mereka berkenaan, adakah usaha menegakkan hokum dan memastikan perlaksanaan di dalam hal ehwal perlantikan seseorang Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan mengikut Akta 171 ditafsirkan sebagai mencampuri urusan pentadbiran, ujarnya.

Dalam hal ini datuk Rasli kena buktikan dalam bentuk hitam dan putih yang mengatakan tindakanya adalah urusan pentadbiran dan mengikut undang-undang, katanya.

Kami pun bukan nak panjangkan isu ini,  kalau ada bukti beliau tunjukkan saja. Kami akan tutup buku dan akur dengan keputusan tersebut. Saya fikir beliau tidak mampu menunjukkan bukti, sebaliknya seperti mengharapkan sesuatu dari isu ini yang menghura-harakan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di  negeri Kedah.

Merujuk kepada penganalisis politik Prof.Madya Dr.Sivamurugan Pandian yang mengatakan ahli majlis tidak sepatutnya campur tangan dalam perlantikan pegawai kerajaan, kerana ia melanggar norma dan mempunyai kepentingan sendiri, Basir berkata, pendapat beliau bersifat umum hanya di atas permukaan semata-mata dan tidak tahu dengan latar belakang isu yang dibangkitkan.

Kata Basir, peranan ahli-ahli majlis bagi memastikan perjalanan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan mengikut undang-undang bukan isu politik mau pun berkepentingan sendiri. Ia adalah soal menegakkan hokum dan menjadi tanggugjawab yang tidak boleh di lepas tangan”.
Perlukah saya dedahkan di sini bahawa kelemahan amalan lazim sejak zaman kerajaan BN dalam perlantikan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Kedah ? Tunggulah masa yang sesuai untuk didedahkan.

Beliau (Dr. Sivamurugan) harus sedar bahawa amalan lazim sejak kerajaan BN memerintah bahawa mereka (BN) tidak pernah peduli tentang hal ini.Mereka tidak tahu tentang implikasi yang bakal ditanggung oleh PihakBerkuasaTempatansekiranya seseorang Yang Dipertua tidak sah menjalankan tugasnya.

Katanya, ramai yang tidak sedar bahawa jawatan seseorang Yang Dipertua adalah merupakan jawatan terbuka. Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik sesiapa jua, ia tidak terikat hanya di kalangan pegawai tadbir kerajaan semata-mata. Asalkan ia memenuh isyarat dan diluluskan oleh Exco maka layak menjalankan tugassebagai Yang Dipertua. Maksudnya ialah bukan hak prerogative seorang Setiausaha kerajaan atau pun urusan pentadbiran seperti yang di dakwa oleh mereka.

Pihak pentadbiran hanya bertindak melaksanakan keputusan, bukan sesuka hati buat keputusan seperti kes yang berlaku keatas Yang Dipertua Majlis Daerah KubangPasu.
Basir menyoal, adakah beliau paham tentang undang-undang ini ? Saya khuatir pandangannya akan menyebabkan orang ramai akan melabelkan beliau sebagai profesorkangkong.

Sehubungan itu Basir mencadangkan mereka yang mempertikaikan tindakan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu di masa akan datang member ipendapat berlandas undang-undang, supayakredebilitinyatidak dipertikaikan oleh orang lain.
Terimakasih