Saturday, 13 October 2012
CARUMAN KWSP LAMBAT LAGI ?
Sumber : Blog Adikwak
Wak rasa Azizan dan Jamil perlu diberi taklimat khas berkaitan KWSP.
Apabila ditanya mengenai isu ini mereka kata tak jadi masalah jika
lambat mencarum. tapi adakah mereka sedar hampir setiap bulan KUIN
didenda oleh pihak KWSP disebabkan lambat mencarum? Yang menghadapi
masalah bukannya mereka tetapi para pekerja. Dividen yang sepatutnya
mereka terima, faedah lain seperti potongan terus untuk pembelian rumah
dan sebagainya tak dapat dinikmati oleh kakitangan KUIN. Allah S.W.T
sahaja yang tahu nasib yang menimpa warga KUIN. Islam tak ajar untuk
melakukan kezaliman terhadap orang lain wahai Azizan dan Jamil.