Pages

Monday 8 October 2012

ISU IJAZAH TIADA MQA KEMBALI HANGAT : TAULAN TAK TAHU APA TENTANG ISU PENDIDIKAN, JAWAB DENGAN SEMBORONO DAN NONONO (TAULAN AUTA, ADMIN BLOG BERI FAKTA)


Sinar Utara 9 okt - Taulan Bukan Tau Apa Pasai Pendidikan , Jawapan Isu KUIN menampakkan exco tak buat kerja

 9 Okt - Perghhh , hari ni tetiba isu Ijazah Quran terus meletup kembali..Bulan ini semua isu KUIN dijawab oleh Taulan bukan Azizan kerana dimaklumkan Azizan terpaksa melakukan hemodilisis buah pinggang 3 kali seminggu dan akan menjalani operation mata. disebabkan keadaan emosi yang sangat tidak  stabil maka Taulan jadi pak sanggup.

Namun malang Taulan bila menjawab isu ini , beliau tidak buat home work, bahkan menjawab semborono dan nonono. Sepatutnya jika media tefon kamu wahai taulan, tell them, give me a time......ambil masa buat study dulu sebelkum buat kenyataan akhbar. Namun akhirnya Taulan nampak tidak peka dengan isu pendidikan.

Baiklah , saya akan betulkan semua kesalahn statement yang dikeluarkan oelh Taulan dengan sedikit study yang saya buat. ada 4 isu utama saya akan huraikan:

PERTAMA

Taulan berkata : beliau menafikan graduan tidak boleh memohon pekerjaan berikutan tiada MQA. Mereka boleh menggunakan tanskrip untuk tujuan tersebut

ADMIN MENJAWAB

Pagi tadi selepas saya membaca kenyataan Taulan di dalam akhbar saya terus menelefon rakan saya yang menguruskan hal pengambilan guru J QAF. Beliau berkata beberapa fakta :
- Pemohonan mestilah mengemukakan sijil Ijazah dan menyatakan tarikh sijil dikeluarkan.
- Permohonan menggunakan transkrip peperiksaan tidak diterima kerana prosuder pengesahan tidak jelas walaupun mendapat surat kenyataan sokongan daripada bahagian akademik sesebuah IPT.
- Pernah terjadi , Kementerian pernah mengambil calon menggunkan transkrip suatu ketika dahulu , namun bila hendak posting , sijil tersebut tidak diiktiraf Kerajaan dan ini menyebabkan pihak Kementerian pelajaran amat teliti soal Ijazah.

Sepatutnya pihak Kerajaan kena fikirkan pekerjaan sementara di wisma untuk diberikan kepada mereka kerna kesilapan berlaku di pihak KUIN bukan pihak pelajar .

Taulan kena bertindak menyelesaikan keadaan bukan menjawab persoalan tanpa ada jalan penyelesaian. Kena bijak jika dilantik jadi pemimpin.



KEDUA


Taulan berkata : tidak ada masalah untuk menyambung pengajian ke IPT lain walaupun tiada MQA. Bahkan menurut taulan lagi , terdapat di kalangan pelajar terbabit telah pun menyambung pengajian di luar negara.

ADMIN MENJAWAB
  
 Kenyataan Taulan ini menampakkan tidak ada profesionalisme beliau sebagai seorangg pemimpin.
1. Daripada ketujuh-tujuh pelajar tersebut  tiada seorang pun menyambung pengajian di luar negara. seorang membawa taxi, 3 orang bekerja di U Station, seorang bekerja dengan abngnya dan dua orang lagi tidak bekerja. Jika nak keluarkan fakta kena study dan kaji dulu wahai taulan jangan ikut oppa Azizan style yang suka berbohong kepada rakyat.
2. Mungkin maksud Taulan yang sambung pengajian di luar negara adalah pelajar diploma KUIN. Itu dah keluar tajuk la Taulan, kita bincang Ijazah tiada MQA bukan sijil diploma tahfiz. Itu pun pelajar KUIN tidak boleh sambung ke Al Azhar kerana tiaa lagi kerjasama dengan Universiti Shubra. Pelajar lepasan diploma Tahfiz KUIN baru-baru ini pergi pun sebab mereka pergi melalui Kolej MANHAL. Jika ke luar negara denganKUIN memang dah tak boleh la Taulan

KETIGA



Taulan berkata pihak KUIN tunggu MQA datang , permohonan kemaskini telah dihantar pada 26 sept yang lalu .

ADMIN MENJAWAB

- Kenyataan taulan dalam akhbar hari ini bercanggah dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini apabila sebelum ini Taulan menyatakan bahawa MQA sudah berada pada peringkat akhir. Pada 24 sept Taulan mengeluarkan kenyataan tersebut dan disiarkan pada 25. Tetapi hari ini Taulan membenarkan artikel admin menyatakan bahawa pada 26 sept baru permohonan ke MQA dibuat. INILAH PENIPUAN YANG JELAS DAN NYATA KEPADA PELAJARA NAMANAYA.(Sila Klik di sini untuk keratan akhbar dan artikel berkaitan )

- Dokumen yang dihantar pada 26 september dan MQA menerimanya pada 27 september adalah dokumen yang baru dihantar untuk tujuan akreditasi penuh BUKAN UNTUK DIKEMASKINI seperti yangdidakwa Taulan. dokumen yang telah dihantar sebelum ini hanyalah untuk tujuan tahap satu dan dua iaitu kelulusan menjalankan program sahaja. Sila lihat surat dan bukti di bawah "Permohonan  BUKAN pengemaskinian":

KEEMPAT 
Pelajar rujuk MQA kata 7 hingga setahun untuk proses

Taulan AUTA kata tak mungkin setahun
Taulan berkata tak mungkin tujuh higga setahun seperti didakwa pelajar untuk memperolehi akreditasi MQA.

ADIMN MENJAWAB

- Wahai Taulan Azizan pun pernah kata MQA bukan rumah kita , jadi taulan kenalah buat MQA bukan hat bapak kita punya.
- Kenyataan pelajar tersebut dikeluarkan selepas pergi berjumpa dan memohon penjelasan daripada pihak MQA di pejabat mereka. Mereka sendiri yang menyatakan demikian. Taulan entah-entah pejabar MQA pun tak tahu dimana letaknya.


- Apa pun terima kasih pihak media yang peka dan menjadikan blog ini sebahagian sumber maklumat tepat KUIN -