Pages

Saturday 20 October 2012

ULAMAK AZHAR TAK PUAS HATI DENGAN PENTADBIRAN KUIN BAWAH JAMIL, URA-URA SEBAHAGIAN MEREKA AKAN TAMATKAN KONTRAK

Ulamak Al Azhar permata KUIN perlu diutamkan daripada Pensyarah Kristian dan Budha yang ada di KUIN
Isu kebajikan kakitangan KUIN yang diabaikan bukan sahaja menjadi bualan pekerja tempatan sahaja , juga kakitangan antarabangsa. Jamil terkenal dengan sikap "KRONI DIDAHULUKAN KURAPSI DIUTAMAKAN ".

KUIN yang sekian lama berdiri megah dan hebat dengan sebab kewujudan ulamak dari Universiti Al Azhar , kini semakin pudar apabila bilangan mereka dikecilkan bahkan kebajikan pensyarah yang ada semakin diabaikan Jamil. Ura-ura tidak berpuas hati dengan beberapa hal di dalam pentadbiran KUIN  di bawah Jamil, sebahagian mereka bakal meninggalkan KUIN kerana suasana kebajikan pensyarah Universiti Al Azhar semakin terbela selepas kemenagan Pari Kebebasan dan Keadilan di Mesir.

Jamil mungkin tidak kisah terhadap perkara tersebut sebab Jamil lebih gemar dan mengutamakan program selain pengajian Islam  seperti Perubatan dan Kejuruteraan walaupun bilangan mereka hanyalah mewakili 5 % daripada pelajar KUIN. Atau Jamil sudah mengintai pensyarah dari negara lain seperti Nigeria, Mogadishu Somalia dan lain-lain yang boleh menggantikan mereka.