Pages

Wednesday 29 May 2013

PERBINCANGAN BERSIH KUIN DENGAN KERAJAAN KEDAH : KENAIKAN 13 % AKAN DIBERIKAN KEPADA STAF KUIN

Pihak BERSIH KUIN boleh dikatakan sentiasa berbincang dan mengadakan pertemuan dengan pihak yang yang bertanggungjawab dari pihak Kerajaan terhadap KUIN. 

Hasilnya pihak Kerajaan telah bersedia untuk memulihkan kembali semangat dan motivasi staf dengan memberikan semula kenaikan gaji 13 % kepada kakaitangan KUIN. Ini selaras dengan apa yang dinikmati oleh pegawai Kerajaan yang lain.

Berita gembira ini kemungkinan akan diumumkan sendiri pada Majlis perjumpaan kakitangan KUIN bersama pihak Kerajaan Negeri.

TEMBELANG JAMIL TERBONGKAR PERGUNAKAN PELAJAR

Wakil pelajar sendiri yang memberitahu mereka adakan pertemuan dengan Jamil
Tembelang Jamil mempergunakan pelajar dalam era pentadbirannya dengan mencaturkan mahasiswa KUIN terbongkar baru-baru ini ketika perjumpaan antara exco Kerajaan Negeri dan MPM diadakan di KUIN Mergong.

Ketika salah seorang perwakilan pelajar membangkitkan masalah pelajar antaranya kedudukan asrama dan kemudahan kelas yang tidak selesa amat mengejutkan kerana sebelumm ini mereka mengeluarkan kenyataan akhbar dalam akkhbar tempatan bahawa pelajar selesa dengan asrama yang disediakan (walaupun pelajar berpindah randah) . Perkara ini ditegur oleh pentadbiran atasan KUIN, kenapa dahulu membuat kenyataan akhbar bahawa semuanya selesa tak ada masalah . Kenapa sekarang baru timbul isu 'tidakselesa' dengan kemudahan KUIN. Apa agenda sebenarnya ?

Wakil pelajar tersebut dengan berani memberitahu bahawa sebelum ini kenyataan akhbar itu dibuat setelah mereka dipanggil oleh Jamil dengan beberapa pegawai tinggi KUIN agar tidak mengeruhkan keadaan dengan kebangkitan staf yang menuntut hak kebajikan . Sebab itulah mereka mengeluarkan kenyataan demikian.

Jika anda tak percaya (KLIK DI SINI) untuk melihat kecelaruan dan pertentangan hujah dan fakta sebelum Pilihanraya dan selepas pilihanraya. Presiden MPM kata student tak ada masalah dan berpuas hati, tapi bila bila jumpa Exco Kerajaan baru , wakilnya kata banyak masalah pulak. Apakah ertinya ini? Kita boleh fikir sendiri lahhh.

Memang BERSIH KUIN sudah menjangkakan bahawa Jamil akan menggunakan pelajar untuk menyelamatkan kedudukan beliau, tetapi Allah Maha kuasa.

Adakah selepas ini pelajar akan digunakan oleh pegawai tertentu untuk menuntut atas nama keselesaaan yang telah lama diabaikan sebelum ini....!

AYUH HAYUNAN BERSIH KUIN 15 JUN INI (SABTU)


Mari daftar segera kejohanan untuk melihat hayunan kasih sayang ukhuwah bowling BERSIH KUIN  15 Jun 2013 (Sabtu)

Tuesday 28 May 2013

HELIKOPTER MENDARAT DI KUIN KUALA KETIL


helikopter mendarat di tapak masjid

Pandangan KUIN dari atas diambil dari heli


BOWLING BERSIH KUIN BAKAL ERATKAN SILATURRAHIM

Sesiapa berminat untuk menyertai kejohanan Bowling BERSIH KUIN untuk kakitangan KUIN bersama pasangan dan anak-anak masih boleh memberikan nama dengan wang penyertaan sebanyak RM 15 seorang kepada amil BERSIH KUIN.

Pertandingan yang bertujuan mengeratkan silaturrahim ini akan diadakan pada butiran berikut :

Tarikh  : 15 Jun 2013 (Sabtu)
Masa   :  8.30 pagi
Lokasi : Tingkat atas Pasaraya Pacific Alor Setar
Yuran  : RM 15 seorang (3 game)

PERJUANGAN BERSIH KUIN HAMPIRI MATLAMAT TETAPI MASIH BELUM SELESAI

Semua staf KUIN diingatkan agar sentiasa mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa berdoa agar Allah memberikan bantuan untuk memulihkan kembali KUIN selepas menghadapi situasi masalah kewangan dan pentadbiran yang sangat teruk.

Kini semua mesti berganding bahu membetulkan keadaan dan bijak dalam mengatur strategi bagi kebaikan kakitangan dan pelajar KUIN.


Thursday 23 May 2013

AYAHANDA US FAUZI AUDZIR MENINGGAL DUNIA

24 Mei - Ayahanda seorang pensyarah KUIN, Ustaz Fauzi Audzir telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah jam 6.30 pagi tadi. ayahanda beliau yang menghadapi masalah strok telah mendapat rawatan di Hospital beberapa hari yang lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan pada hari ini di kampung halaman beliau di Batu Hampar Pendang Kedah.

Kepada kakitangan yang berkesempatan bolehlah menghadirkan diri sebagai tanda persahabata Islam. Kami pihak skuad admin BERSIH KUIN mengucapkan takziah dan semoga Allah mencucuri rahmat Almarhum di kalangan penghuni syurga. AL FATIHAH

SYA'YAA DAN ROMLY ANTARA YANG IKUT JEJAK LANGKAH JAMIL

Sekutu kuat Jamil iaitu Romly dan Sya'yaa masing-masing CEO Insaniah Holdings dan Mantan CEO Insaniah Holdings meletak jawatan dalam Holdings berikutan perletakan jawatan jamil sebagai Rektor KUIN.

Perletakan jawatan mereka berdua adalah dijangka kerana Sya'yaa pernah menimbulkan kontroversi apabila pernah menyatakan hasrat untuk membeli 90 % ekuiti KUIN manakala Romly pulak perletakkan jawatannya dijangka kerana bimbang akan menghadapi tekanan dan desakan kakitangan Holdings kerana masalah kewangan yang dijangka memberi kesan kepada pembayaran gaji bulan Mei ini.

BERSIH KUIN berharap Romly dapat menyelesaikan semua masalah yang ditinggalkannya terutama mengenai krisis kewangan yang dihadapi agar kakitangan Holdings tidak menjadi mangsa.

Jangan sudah berak nak suruh orang lain basuh !

Menurut sumber, CEO anak syarikat lain bakal meletak jawatan hujung bulan ini.

EXCO PENDIDIKAN KEDAH KESAL REKTOR LETAK JAWATAN TANPA MAKLUM

Sumber :

Bernama
Utusan 
Berita harian
Sinar

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Md Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Datuk Dr Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.

    
Katanya sekalipun kerajaan negeri kini diteraju BN, Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Kuin.
    
"Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar. Ada dua rungutan utama iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala Ketil di sini.
    
"Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu. Saya juga agak kecewa, sepatutnya rektor juga ada bersama hari ini," katanya ketika ditemui media selepas melawat kampus Kuin di Kuala Ketil.
    
Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Kuin peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau menghantar surat iaitu Isnin lepas.
    
Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Kuin serta mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Kuin.
    
Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Kuin bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.
    
Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil. Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah. 
    
BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah diteraju PAS sejak 2008 hingga pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.
    
Mengulas pelantikan rektor baru, Tajul Urus berkata seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baru oleh Lembaga Pengarah Kuin.
    
Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata ada beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan bilangan pelajar.
    
"Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Kuin dan akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan keputusan. Apa yang penting, kita mahu Kuin sama seperti kolej-kolej swasta terkemuka yang lain," katanya.
    
Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program yang ditawarkan Kuin jika tindakan itu memberi manfaat kepada Kuin.
    
Kuin kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong.
    
- Bernama
   

BAHAGIAN 2 : LAWATAN EXCO KE KUALA KETIL HAMPA JAMIL MENGHILANG DIRI


23 Mei – Setelah mengadakan lawatan di KUIN Mergong, Datuk Tajul terus bergerak bagi mengadakan lawatan di KUIN Kuala Ketil di sebelah petang. Kehadiran Dato Tajul sebelum ini telah dimaklumkan kepada Jamil.

Namun agak malang, Dato Tajul menyatakan perasaan kesalnya apabila kehadirannya ke Kuala Ketil tanpa kehadiran Jamil. Dimaklumkan Jamil tak hadir kerana bercuti sebelum melepaskan jawatan secara rasmi pada 20 Jun ini (sebulan notis gaji). Dato Tajul berkata, apa salahnya telefon saya, sms atau maklumkan kepada saya kata dia tak boleh hadir kerana kita mai rumah orang kita habaq, tapi tuan rumah tak ada (cabut lari).

Admin masih ingat suatu ketika dahulu Jamil pernah cuti kerana operation jantung tapi dalam waktu cuti itu pun Jamil boleh terkebil-kebil pergi hadiri mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN hanya untuk pastikan Lembaga tidak mengguna pakai pekeliling kenaikan gaji 13 % kepada kakitangan KUIN.. Kenapa bila hari ini dia saja saja boleh buat alasan tak mai… emmmmm mesti ada pasai. Bak kata Dato Tajul tadi ,,,sangat tak professional .

Dato Tajul juga mengeluarkan kenyataan media sebentar tadi (liputan media akan dimaklum admin dalam next story).

Dato Tajul juga memaklumkan sepanjang Jamil tiada dan meletak jawatan , urusan pentadbiran KUIN akan dipangku oleh Dato Barni  untuk pulihkan kembali masalah dalaman pentadbiran dan kewangan KUIN.

Selepas selesai mengadakan pertemuan dengan wakil KUIN yang dihadiri Dato L, Mr SS, Muslim dan beberapa pegawai lain dan PC dengan media , beliau terus melawat asrama pelajar di Taman Perwira serta asrama pelajar antarabangsa dalam kampus KUIN. Lawatan ke asrama yang diadakan secara mengejut ini amat mengejutkan terutama di asrama pelajar antarabangsa (kebanyakkannya warga Afrika) yang langsung tak nampak macam asrama sedangkan penginapan mereka itu adalah rumah banglo 2 tingkat.

BAHAGIAN 1 : EXCO PENDIDIKAN KEDAH LAWAT KUIN MERGONG DAN KUALA KETIL

Dato Tajul 3 dari kiri bergambar bersama wakil pelajar
23 Mei - Dato Tajul Arif, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan JKR Negeri Kedah hari ini mengadakan lawatan rasmi ke KUIN sebagai tindakan drastik bagi menyelesaikan kemelut dalaman KUIN yang sanat rumit.

Lawatan bermula di Kampus KUIN Mergong pada jam 9.00 pagi. Dato Tajul bertemu dengan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM) dan para pegawai hal ehwal pelajar dan pegawai-pegawai lain.
mesyuarat antara Exco, pentadbiran dan MPM

Antara perkara yang dibangkitkan di dalam pertemuan tersebut ialah :

1. PENGINAPAN PELAJAR

- MPM menuntut agar keselesaan penginapan mereka di asrama diberikan perhatian kerana pelajar didakwa menghadapi masalah keselesaan diasrama. Begitu juga masalah kelas yang dhaif seperti maslaah tiada mikrofon dan masalah penghawa dingin. Namun kenyataan tersebut dipersoalkan oleh dato Barni, Timb Rektor kerana kenapa sekarang baru timbul soal keselesaan sedangkan sebelum ini Presiden MPM pernah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa pelajar tidak ada masalah bahkan selesa asrama KUIN.
Lawatan mengejut ke asrama farabi

- Timbalan Presiden  MPM memaklumkan bahwa sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MPM itu dibuat selepas mereka telah dipanggil dan diberikan maklumat oleh Jamil dan beberapa pegawai yang lain. Sebab itulah mereka mengeluarkan kenyataan bahawa mereka selesa.

2. DEKAN KULIAH AL QURAN KURANG KREDIBILITI SEBAGAI DEKAN

- Skuad BERSIH KUIN memuji salah seorang MPM yang berani secara terang mengkritik masalah yang berlaku di Kuliah al Quran berpunca daripada Dekan Dr Azharuddin yang didakwa tidak pandai mentadbir Kuliah al Quran dan kurang berkredibiliti selain beliau bukan takhassus dalam bidang al Quran sehingga pengambilan pelajar baru Ijazah dan Diploma tak sampai 10 orang sahaja sedangkan sebelum ini Kuliah Tahfiz adalah kuliah yang sangat popular di KUIN, ini adalah kerana pensyarah al  Quran dibuang  dari KUIN.

- Begitu juga masalah utama dengan Dekan adalah komunikasi di mana bahasa Indonesia yang sukar difahami oleh pelajar selain bahasa Arab beliau juga agak lemah berbanding pensyarah lain, ujar wakil pelajar tersebut.

Tujuan lawatan tersebut adalah pihak Kerajaan negeri mahu mendengar sendiri keluhan dan masalah yang mahu dikeutarakan oleh MPM yang mewakili para pelajar di KUIN.

Setelah perbincangan tamat , Dato Tajul terus mengadakan lawatan ke asrama Farabi. Di sana keadaan amat mengejutkan apabila dilihat bilik yang sangat dhoif sedankan yuran pelajar dinaikkan . Amat menghairankan tiada aduan dibuat sedangkan masalah tersebut amat mencabar kebajikan pelajar. bahkan terdapat beberapa bilik yang tidak langsung mempunyai lampu dan kipas yang didakwa telah diambil untuk dipasang di bilik lain yang mengalami kerosakan kerana Holdings tak ada duit nak beli lampu dan kipas yang rosak kepada pelajar..

Kasihan sungguh nasib pelajar apabila dilihat  keadaan asrama mereka. Tapi persoalan , kenapa MPM langsung tak bersuara ? takkan bila tukar Kerajaan baru nak ngadu asrama tak selesa ?


Wednesday 22 May 2013

KEMUDAHAN REKTOR PERLU DILEPASKAN SEGERA

Pelbagai kemudahan telah diberikan kepada ketua-ketua jabatan bagi memastikan urusan dan kerja rasmi sesebuah jabatan berjalan lancar .

Jika jawatan dilepaskan maka sewajarnya semua kemudahan yang disediakan perlu juga dilepaskan seperti :
- Kemudahan kenderaan
- Kemudahan minyak kenderaan percuma
- Kemudahan pemandu
- Kemudahan perumahan
- Kemudahan telefon
- Kemudahan komputer bimbit/i Pad
- Kemudahan - kemudahan lain yang diberikan oleh jabatan

MR FIRDAUS ADALAH ORANG PERTAMA IKUT JEJAK LANGKAH JAMIL ?

Mr F pernah berjanji jika Kerajaan Kedah bertukar tangan dialah orang pertama yang akan meletak jawatan. Kini jamil dah letak jawatan.

Adakah Mr F benar-benar bertanggungjawab atas kenyataannya untuk meletak jawatan ?

JAMIL LETAK JAWATAN, ROMLY TAK BOLEH LETAK LAGI, SELESAIKAM HUTANG HOLDINGS

Walaupun Jamil meletak jawatan sebagai Rektor KUIN, Namun skuada BERSIH KUIN mendesak agar Romly (CEO Insaniah Holdings) dan eksekutifnya jangan letak jawatan lagi. Mereka perlu bertanggungjawab dengan hutang yang mencecah puluhan juta ringgit.

Romly harus bertanggungjawab dengan gaji kakitangan anak syarikat bagi bulan Mei yang dikhabarkan memang Insaniah Holding dah tak ada duit. Jika Romly gagal untuk membayar gaji dan tunggakan yang menjadi hak seseorang kakitangan, tindakan mengikut undang-undang akan dicadangkan oleh BERSIH KUIN diambil oleh kakitangan Holdings.

Romly kena ingat mereka juga orang walaupun gaji tak sampai 35 ribu, ada anak bini, ada tanggungjawab, oleh itu Romly kena selesai masalah gaji kakitangan

Romly kena carilah wang macamana pun untuk selesaikan maslaah hutang yang dibuatnya dalam Holdings. Jangan dah pandai buat kotor nak suruh orang lain pulak basuh !

SUATU HARI MEETING ANAK SYARIKAT KUIN

Salah sebuah anak syarikat KUIN yang ditubuhkan oleh Jamil yang kebanyakan anggota tertingginya dibawa masuk dari sebuah Universiti di KL telah mengadakan mesyuarat kelmarin.

Berikut adalah hasil perbincangan dalam meeting tersebut ;

-Feedback daripada Dato Mukhriz ketika bertemu dengan Jamil tidak menguntungkan Holdings.
- Kata mereka geng baju putih sudah memberi maklumat berkenaan Holdings yang tidak menjalankan perniagaan yang menguntungkan
- Dato Jamil akan letak jawatan
- Ceo anak syarikat tersebut juga akan meletak jawatan akhir bulan ini
- Ceo anak syarikat tersebut dan beberapa kawannya yang berasal dari KL merancang untuk berpindah kembali ke Selangor (UNISEL) .
- Mereka dijangkan akan bertemu dengan Rektor UNISEL, jika tak boleh mereka akan bertemu MB Selangor, jika tak approve juga mereka akan jumpa Anwar Ibrahim..
(Tapi ingat geng baju putih harap diploma dan ijazah multimedia jangan dijual pulak, kami dah masak dengan taktik kamu)
- Jika Multimedia diserap ke dalam KUIN gaji akan ikut skim JPA bukan ISJ (Ikut suka Jamil)

Apa=apa pun tahniahlah kepada ketua eksekutifnya yang mahu ikut jejak Jamil.

Kepada staf bawahan yang laiin jangan bimbang, kita doakan yang terbaik untuk KUIN.

JAMIL LETAK JAWATAN TETAPI SELEPAS MELINGKUPKAN NAMA BAIK KUIN

Jamil akhirnya terpaksa dengan desakan kakitangan KUIN agar melepaskan jawatan no 1 dalam KUIN. Namun apa yang malangnya Jamil melepaskan jawatan tersebut selepas berjaya menghancurkan nama KUIN dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukannya.

Adakah wajar Jamil dilepaskan begitu sahaja tanpa ada pendakwaan ?

Jamil sehingga hari ini tidak menyaman isu pemalsuan dokumen palsu  jika Jamil betul-betul tidak mengarahkan mewujudkan dokumen palsu untuk digunakan di dalam perbicaraan mahkamah tinggi Alor Setar.

Jika dahulu setiap bulan Jamil akan mengadap MB untuk mendapatkan duit MBI bagi menjamu tembolok kroninya dalam anak syarikat Insaniah Holdings yang diberi gaji tinggi sehingga RM 35,000.00 sebulan (menyamai gaji YAB Menteri Besar). Namun kini Jamil resah kerana Kerajaan tegas tidak akan berkompromi dengan penyelewengan seperti yang didedahkan kakitangan KUIN.

Jamil nak lari mana ?

Kamu pernah menganiaya staf menyebabkan berapa ramai staf keluar dari KUIN.

Kamu pernah menggunakan kuasa untuk kepentingan kaum keraabat kamu

Kamu telah menghancurkan sistem pentadbiran KUIN

Kamu telah mencalarkan nama KUIN dalam sistem pengurusan kewangan KUIN

Jamil.... Jamil ... Jamil ....

Yang benar akhirnya akan terbukti benar, yang salah akhirnya akan didkwa dan menerima balasan yang setimpal.


KEBAJIKAN PELAJAR DAN STAF SELEPAS JAMIL LETAK JAWATAN




Tuesday 21 May 2013

JAMIL LETAK JAWATAN 22 MEI?

22 mei - admin menerima maklumat bahawa Jamil meletak jawatan sebagai Rektor kuin Bermuda 22 mei kerana  tekanan. Info lanjut Akan di maklumkan sebentar lagi.  Turut meletak jawatan boss boss besar insaniah holdings mungkin kerana masalah gaji dan mungkin mereka boleh agak staff holding akan memberontak sebab gaji bulan mei adalah masalah utama. Al Fatihah.

MUKHRIZ BERTINDAK SELEPAS TERIMA KERTAS CADANGAN BERSIH KUIN

Utusan Malaysia 21 Mei 2013




DIAM TIDAK BEERTI SEPI, UNDUR TAK BEERTI KALAH TETAPI SATU STRATEGI

Mungkin ramai pembaca blog terutama staf KUIN , ahli politik, media dan pihak berkuasa kelihatan pelik apabila blog merah agak slow

Sebenarnya tidak , blog hanyalah sumber maklumat, tapi BERSIH KUIN sedang merangka dan memastikan semua strategI berjalan lancar mengikut perancangan, oleh itu informasi pergerakan adalah satu strategi. Strategi mana boleh bagi tahu semua orang. Skuad BERSIH sudah menghidu 'orang Jamil' mula hendak mencuri maklumat dari pergerakan BERSIH KUIN, tapi cannot .......

Jangan bimbang kepada staf KUIN, perjuangan kita semakin lancar, cuma perlu bersabar, bersatu dan berdoa. Selesai beberapa perancangan besar yang perlu di lakukan dengan orang-orang besar , pihak BERSIH KUIN akan memaklumkan semua story apa yang berlaku . BERSIH KUIN perlu mendahului dalam pergerakan.

Monday 20 May 2013

ROMBONGAN BERSIH KUIN KE MAJLIS PERKAHWINAN FARID DI JOHOR

BERSIH KUIN mempelawa warga KUIN yang berhasrat untuk menghadiri ke Majlis Perkahwinan En farid Alias (Mantan Pensyarah Kuliah Hospitaliti) , bolehlah memberikan nama kepada amil-amil BERSIH KUIN .
Butiran rombongan adalah seperti berikut :

Tarikh Bertolak  : Khamis (6 Jun 2013)
Tarikh Pulang    : Sabtu (8 Jun)
Yuran                : akan dimaklumkan
Lokasi               : disamping menghadiri kenduri, beberapa tempat menarik dilawati :
                                 - Sekitar Kuala Lumpur dan Johor yang akan dimaklumkan

KEJOHANAN BOLING BERSIH KUIN 2013

Pihak gerakan BERSIH KUIN akan menganjurkan Kejohanan Boling BERSIH KUIN pada butiran berikut:
Tarikh  :  15 Jun 2013
Masa   : 9 pagi
Lokasi  :  Sky Bowl , Pacific Hypermarket
Yuran  : RM 15 seorang (3 game)

Semua kakitangan KUIN dijemput  menyertai. Sila berikan nama anda kepada amil-amil BERSIH KUIN selewat-lewatnya 30 Mei 2013.

Peserta tidak dibenarkan menentukan kumpulan sendiri kerana tujuan kejohanan ini adalah ukhuwah dan persahabatan. Kumpulan akan ditentukan dengan cabutan undi pada awal Jun.

Kategori yang dibuka :
1. Warga KUIN dan pasangannya
2. Anak-anak Sekolah Menengah
3. Anak-anak Sekolah Rendah

CEPAT DAFTAR JANGAN TAK DAFTAR.

Thursday 16 May 2013

DEMI PERJUANGAN : AWASI PARASIT YANG INGIN AMBIL KESEMPATAN

Pihak gerakan BERSIH KUIN menyeru kepada kakitangan KUIN agar sentiasa menyerah diri dan menghambakan diri banyak-banyak pada Allah dalam menuntut hak kebajikan yang diperjuangkan selama ini.

Situasi apabila keadaan sekarang mungkin ramai akan nak tumpang ambil kesempatan kepada BERSIH KUIN. Ambil iktibar dalam  peperangan Uhud, apabila hampir menang semua akan mengejar harta dan kebendaan.

Kita mesti fokus niat kita yang asal ialah mengembalikan kebajikan kakitangan dan membersihkan nama KUIN daripada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tanpa mengira politik.

Jika Kerajaan yang baru dipilih oleh rakyat  ini pun tidak mahu mengembalikan kebajikan kakitangan KUIN dan tidak membersihkan penyelewengan dalam KUIN, pihak BERSIH KUIN akan terus menggempur dengan strategi yang lebih dahsyat. Namun kita berikan masa untuk melakukan perubahan......

Kekuatan BERSIH KUIN ialah kesatuan, smart dan profesional. Korbankan emosi untuk perjuangan yang sudah hampir sampai ke garisan penamat.Jaga tutur kata lidah. Bertindak dengan fikiran rasional.

Pihak BERSIH KUIN tidak langsung mahu sesiapa dalam KUIN dibuang dari KUIN dan dianiaya dan dizalimi seperti yang dilakukan oleh Jamil. Jangan pulak ada parasit yang beremosi lebih daripada apa yang sebenarnya diperjuangkan BERSIH KUIN. 

Kita semua cari makan dengan KUIN , maka hendaklah kita bantu menaikkan nama KUIN. 

Kita benci pada Jamil sebab sikapnya yang sombong dengan kakitangan. Jika ada yang sombong maka samalah dia dengan Jamil atau parasit itu diupah oleh Jamil untuk leraikan kekuatan BERSIH KUIN.

Bertindak mengikut arahan...... Kita ada Allah. Jika hak Allah di jaga , Allah pasti jaga kita

Daripada :

INSAN TEGUR MENEGUR

Monday 13 May 2013

MB KEDAH ARAH HENTIKAN SEMUA LANTIKAN DALAMAN KUIN

14 Mei - Dato Paduka Mukhriz dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahwa beliau telah mengarahkan pegawainya memaklumkan kepada pengurusan tertinggi KUIN agar membekukan semua lantikan perjawatan sehinggalah suatu masa yang diberitahu kelak.

Skuad BERSIH KUIN dimaklumkan bahawa Mr firdaus telah berbincang dengan Pendaftar KUIN agar disegerakan proses temuduga yang melibatkan kroninya dan beberapa individu lain untuk dibuat lantikan di rasmi bawah KUIN.

Dato L perlu akur dengan arahan ini agar tidak ada lagi lantikan semasa yang dibuat kerana ini adalah arahan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

BERSIH KUIN KEMUKA PROPOSAL PENAMBAHBAIKAN KUIN KEPADA MB BARU

Penyerahan proposal suara kakitangan KUIN kepada MB Kedah

14 Mei - Semalam satu lagi catatan sejarah dilakarkan apabila skuad BERSIH KUIN telah mengemukan cadangan dan proposal secara rasmi kepada MB Kedah di Pejabat MB Wisma Darulaman bagi tujuan penambahbaikan KUIN.

Seramai 8 orang kakitangan telah mengemukan proposal tersebut by hand kepada MB dan memperjelaskan situasi KUIN yang sebenar. Proposal yang dihantar adalah merupakan resolusi yang disepakati hasil perbicangan lebih 20 orang kakitangan KUIN yang mewakili pelbagai Jabatan pentadbiran dan kewangan.

Perbincangan yang memakan masa hampir 40 minit itu berkisar tentang dua proposal yang diserahkan iaitu 11 tuntuan  daripada BERSIH KUIN dan desakan mengkaji semula Jamil sebagai Rektor KUIN.


ANUGERAH REKTOR BAGI RAIH SIMPATI

Jamil kini sedar ramai rakan-rakannya dan staf yang dulu sentiasa bersamanya, kini sudah beralih arah kepada BERSIH KUIN. Jamil berfikir apa yang perlu dibuat .... Dulu dah buat anugerah jasamu dikenang yang KUIN, kini Jamil nak buat anugerah JAMIL pulak , tapi yang pasti kos anugerah bukan dikeluarkan Jamil , terang-teranglah kos akan terpaksa ditanggung KUIN , tapi Jamil juga yang nak dapat nama.. standard la tue...

Sehubungan itu satu mesyuarat bagi membincangkan mengenai Anugerah Jamil akan diadakan di KUIN Kuala Ketil pada buutiran  berikut :
- 15 Mei 2013 (Rabu)
- Bilik mesyuarat Rektor 
- 02.30 petang 

Mungkin anugerah ini bakal memberi  hadiah dan anugerah kepada mereka yang sentiasa membantu Jamil dalam usaha mempertahankan kuasanya, sebelum Jamil berundur dari KUIN. Nanti kita tengok sapakah mereka yang akan mendapat anugerah tersebut... Adakah sebahagaian ahli BERSIH KUIN akan mendapat anugerah tersebut kerana membantu Jamil bagi mendapatkan hak dan kebajikan staf ?

BERSIH KUIN SEPAKAT PROPOSAL UNTUK SERAHKAN KEPADA MB KEDAH


Pihak BERSIH KUIN telah selamat mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan proposal dan cadangan untuk dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri  untuk melakukan pemBERSIHan KUIN agar dapat diselesaikan masalah-masalh yang berbangkit di dalam KUIN terutama berkaitandengan soal kebajikan kakitangan KUIN.

Antara kandungan yang dipersetujui untuk dikemukakan di dalam proposal tersebut adalah seperti Kerelevanan kewujudan Jamil sebagi Rektor KUIN, penubuhan jawatankuasa siasatan penyelewengan Jamil dalam KUIN, penstukturan semula dalaman KUIN, kedudukan anak syarikat KUIN, menarik balik kuliah pengajian yang dahulunya berada di bawah Insaniah Holdings ke dalam KUIN, menurunkan yuran pelajar, pemerkasaan kuliah pengajian Islam, ganti Jamil sebagai Rektor nanti mestilah dari yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, menerima pakai Pekeliling kenaikan gaji 13 % , elaun sara hidup dan semua pekeliling Kerajaan, Menamakan Mufti Kedah dan Ketua Hakim Syarie sebagai ahli lembaga pengarah KUIN, mengkaji semula kampus KUIN di Kuala Ketil dan lain-lain lagi yang akan dimaklumkan

Sunday 12 May 2013

JAMIL PENING CARI DUIT UNTUK INSANIAH HOLDINGS

Jamil (kanan) berada di Hospital Pulau Pinang. Orang ramai pergi melawat Azizan kerana simpati , tappi Jamil melawat untuk apa ?
13 Mei - Jamil semenjak Azizan di masukkan ke dalam KMC pun sudah kecut perut nak cari duit bayar duit boss-boss Insaniah Holdings Sdn Bhd. Tindakan Jamil dilihat sebagai mementingkan diri sendiri. Azizan sedang tenat sakit , masih nak menceritakan hal dan masalah kewangan KUIN .Almaklumlah bila Kerajaan bertukar tangan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) tidak lagi akan menyalurkan wang kepada anak syarikat KUIN yang lansung tak reti berniaga.

Kelmarin, Jamil masih berdegil mahu bertemu dengan MB baru apabila pergi ke wisma darulaman kerana tertekan dengan kewangan yang sangat parah untuk bayar duit kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd. Kelihatan Jamil langsung tidak diperdulikan kerana ramai mengetahui tentang krisis KUIN berpunca daripada Jamil. Jamil masih menunggu dan mengharap untuk bertemu dengan MB baru. Kalau dulu Jamil arah orang kanannya pergi mengambil duit dari MB , namun kini, Jamil sendiri yang pergi.... alahai kasihan Jamil.

Kalau nak senang, senang saja caranya. Jamil letak jawatan dari Rektor KUIN, baki masalah BERSIH KUIN akan membuat cadangan untuk penambahbaikan dan meBERSIHkan KUIN daripada masalah yang sedang Jamil hadapi. Jamil wajar berehat di rumah dan menjaga kesihatan.


Saturday 11 May 2013

MR GAZZET BERJANJI JIKA PAS KALAH AKAN LETAK JAWATAN

Mr Firdaus Salleh pernah berjanji jika keputusan pilihanraya di Kedah memihak kepada Barisan Nasional , beliau akan meletak jawatan secepat mungkin.

Namun hari ini sudah genap seminggu Kerajaan Kedah telah berjaya dirampas oleh BN namun janji beliau masih tidak ditepati untuk melepaskan jawatan. Bahkan beliau cuba untuk bertemu dengan Dato L untuk memastikan beberapa 'orang' beliau ditemuduga secepat mungkin agar dapat dilantik dan diserapkan di bawah KUIN sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Beliau yang masuk KUIN dan cuba bawa budaya politik dalam institusi akedemik mendapat kritikan banyak pihak termasuk gengnya sendiri. Kemuncak kemarahan apabila beliau menggunakan Unit Amal dan MTD PAS Kuala Ketil untuk mengawal kawasan dan bangunan KUIN sehingga mereka bertindak kasar dan tidak
profesional dalam urusan rasmi KUIN.

Mana-janji-janji manis mu.... Letaklah jawatan secara profesional sebelum anda diletakkan.

KEDUA BELAH KAKI AZIZAN DIPOTONG

Keadaan terkini Azizan di Hospital Pulau Pinang

Pada 9 Mei 2013 Azizan telah selamat menjalani pembedahan bagi memotong kedua belah kakinya di Hoispital Pulau Pinang.

Pemotongan kedua belah kaki  paras lutut dibuat bagi mengelak jangkitan kuman akan merebak kebahagian yang lain

Sebelum ini Azizan pernah dinasihatkan agar berhenti daripada aktiviti politik kerana kesihatannya yang tidak stabil apabila mempunyai penyakit yang kritikal iaitu jantung , buah pinggang dan diabetis . Beliau kemudiannya koma beberapa hari selepas keputusan PRU 13 (Rabu 8 Mei) diumumkan akibat diserang dengan jangkitan kuman tersebut.

Pelbagai lapisan kepimpinan tanpa mengira parti politik melawat beliau di Hospital Pulau Pinang.


Wednesday 8 May 2013

WAN SU DAN BACAAN YASIN

8 Mei - Wan Su , Timbalan Rektor ketika di KUala Ketil hari ini mahu mengajak semua kakitangan KUIN untuk mengadakan bacaan Yasin kepada Azizan yang pada waktu kerja kerana Azizan ketika itu sangat kritikal. Namun jemputannya agakk hambar lalu menggesa dibuat secara peribadi kerana bimbang dengan kesilapan mengeluarkan kenyataan menentang BERSIH suatu ketika dahulu.

Sebelum ini skuad BERSIH KUIN mengadakan majlis solat hajat, solat dhuha dan puasa sunnat beramai-ramai ditentang oleh geng Jamil termasuk Wan Su dengan dakwaan kononnya solat  itu sunnat dan kerja itu wajib ! tapi sekarang kenyataan tersebut menjerat leher mereka sendiri apabila mereka merasa malu nak buat Majlis bacaan Yasin pada Azizan di waktu pejabat kerana kenyataan tersebut suatu ketika dahulu.

Allah Maha Adil dan Maha Kaya 

JAMIL SILA LETAK JAWATAN DENGAN TERHORMAT

Pihak skuad BERSIH KUIN dengan rasa rendah diri memohon agar Jamil meletak jawatan sebagai Rektor KUIN dan apa-apa jawatan yang ada kepentingan dengan KUIN dan segera berundur dari KUIN.

Desakan ini bukanlah kali pertama bahkan sudah beberapa kali namun Jamil memberi alasan bahawa dia dibawa masuk oleh Azizan, selagi Azizan mahukannya (jadi Lembaga Pengarah KUIN) dia tak akan letak jawatan,

Nah Jamil, sekarang Azizan sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatang di dalam KUIN , maka amat tepat sekali Jamil meninggalkan KUIN dengan hormat dan penuh istiadat.

Jika Jamil enggan meletakkan jawatannya, pihak BERSIH KUIN akan menggunakan desakan lain untuk memastikan Jamil meletakkan jawatannya. Pihak BERSIH KUIN melihat dengan perletakkan jawatan Jamil sebagai Rektor akan memulihkan kembali KUIN daripada kurapsi dan penyelewengan .

KAKI AZIZAN TERPAKSA DIPOTONG UNTUK SELAMATKAN ?

Azizan petang tadi kemungkinan menghadapi risiko dipotong kaki kerana bimbang jangkitan kuman di bahagian kakinya akan melarat dan menjangkiti di bahagian atas.

Beliau yang sebelum ini koma setelah mengalami jangkitan kuman di bahagian kaki kerana kencing manis juga menghadapi masalah jantung dan buah pinggang yang sebelum ini dirawat di KMC atau bahasa perubatan kata masalah dan komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Hospital Pulau Pinang hari ini menjadi tumpuan ramai apabila desas desus mengatakan Azizan sudah meninggal dunia.

Tuesday 7 May 2013

TERKINI : 9.35 PAGI AZIZAN BERGANTUNG 100 % PADA MESIN PERNAFASAN?

8 Mei -  TERKINI

Berita terkini yang diterima daripada Hospital Besar Pulau Pinang, Azizan sedang mendapat pengesahan daripada doktor bertugas apabila tidak ada tanda-tanda pernafasan yang berlaku dan bergantung 100 % kepada mesin pernafasan . Kini keputusan sama ada untuk mengekalkan pergantungan pernafasan atau mahu menanggalkan penggunaan mesin  sedang diperbincangkan .  Admin akan memaklumkan berita terkini.

TERKINI : AZIZAN NAZAK ?

8 Mei - TERIKINI 

Jam 9 pagi, Menurut sumber memaklumkan bahawa keadaan Azizan kini yang sedang berada di Hospital GH Penang tingkat 1 berkeadaan sangat tenat dan kritikal.

Keadaan ini menyebabkan kebanyakkan sanak saudara dan orang berdekatan dengan Azizan telah dipanggil untuk menjenguk dan menziarahi Azizan di sana.

Tapi yang agak menimbulkan persoalan , selepas pengumuman PRU , Jamil telah bertemu dengan Azizan menceritakan masalah KUIN agar Azizan dapat membantu memaklumkan kepada orang tertentu atas ketakutan yang dialami Jamil selepas kekalahan Kerajaan Azizan. Persoalannya dalam keadaan Azizan yang sakit dan tidak stabil adakah wajar jamil menambahkan lagi kesakitan Azizan yang sedang sakit jantung dengan masalah KUIN yang dicipta Jamil ?

Azizan sebelum ini yang dimasukkan di KMC  dan kemudiannya dipindahkan ke GH Penang dilaporkan mengalami masalah jantung yang kritikal . mari sama-sama doakan .

AZIZAN DAH TINGGALKAN KUIN. JAMIL READY !

SATU BENGKEL RETREAT MERANGKA STRATEGIK PLANING KUIN

Satu retreat merangka strategik planing untuk merangka membersihkan penyeleweng yang selalu melakukan penyelewengan  dalam KUIN akan diadakan dalam masa terdekat.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel retreat ini dipersilakan hadir, dan maklumat lanjut akan dimaklumkan di dalam blog merah ini.

AZIZAN DAH TINGGALKAN KUIN, JAMIL READY !

AZIZAN KRITIKAL SAKIT JANTUNG DI HOSPITAL PULAU PINANG

Azizan semenjak malam pengumuman keputusan PRU13 sudah dimasukkan ke dalam Hospital Alor Setar kerana masalah jantungnya. Keadaannya nampak semakin serius maka kemudiannya kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapat rawatan rapi mengenai masalah jantungnya.

Menurut sebuah jurnal dimaklumkan kesihatan Azizan berada pada tahap masalah jantung yang kritikan dan kini di masukkan ke wad ICU untuk mendapat perhatian dan kawalan rapi .

Semalam Jamil turut pergi menziarahi Azizan untuk melihat masa depannya di KUIN.

Kita doakan semoga Azizan sihat tetapi Azizan perlu juga ingat dengan penganiayaann yang dilakukan kepada staf KUIN yang sembahyang hajat berkali-kali kerana dizalimi terutamanya warga huffaz samaada pelajar atau pensyarah.

Admin berpandangan ubat penyembuhan Azizan bukanlah Hospital tetapi meminta maaf secara terbuka kepada semua staf KUIN  dan Tahfiz atas kezaliman yang dilakukan dan menceritakan penyelewengan yang sebenarnya yang dilakukan oleh Jamil.

AZIZAN DAH TINGGALKAN KUIN, JAMIL READY !

Monday 6 May 2013

PERJUANGAN BERSIH KUIN SANGAT DIGERUNI OLEH JAZAN

Banyak FB milik kakitangan KUIN yang tegas menolak penyelewengan JAZAN sebagai teras perjuangan . Soal politik biar ahli politik yang mengatur strategi, tapi isu KUIN adalah soal hak dan kebajikan staf yang sentiasa diabaikan JAZAN

FB yang menggambarkan perjuangan BERSIH

DULU TUDUH STAF KUIN EJEN UMNO SEBAB LAWAN AZIZAN, LEPAS PRU 13 HANGPA PULAK LAWAN AZIZAN

Blog pro Azizan sudah tukar jadi menentang Azizan
Itulah mainan politik dan dunia . Ada Ubi Ada Batas. Lain Hari Allah Balas.

Tekejut melihat banyak sangat blog yang lawan Azizan lepas PRU 13 kerana tak boleh terima kekalahan kerana kelemahan Azizan, lantas muncul page hentam Azizan supaya letak jawatan yang dibuat oleh orang kanan Azizan sendiri. Mungkin itulah antara mustajab doa staf KUIN yang dituduh bermacam-macam kerana tak sehaluan dengan Azizan, sekarang mereka pulak tak sehaluan.
Kerana si dia diataslah KUIN lingkup dan berlaku penyelewengan


JAMIL DAN MR F RESAH DAPAT MB BARU

6 mei - Hari ini kelihatan Jamil sedang makan sambil berbual-bual dengan Mr F di kafeteria KUIN Kuala Ketil jam 2 petang. Mereka dok kenangkan masa depan mereka di KUIN . Ikuti dailog mereka yang sempat saya rakam tadi.


6 Mei :Kasihan Jamil, hanya Firdaus yang berani kawan dengan dia. Ikuti dialog antara mereka berdua di Kafeteria 

STAF KUIN GEMBIRA KEDAH DAPAT MB BARU, JUGA PENGERUSI LEMBAGA KUIN YANG BARU

6 Mei - rata-rata kakitangan KUIN yang ditemui hari ini melahir rasa seronok dan lapang dada di atas keputusan PRU 13 di Kedah sehingga tersingkirnya master mind penzallim terhadap staf KUIN iaitu Azizan.

Mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang politik kerana perjuangan di KUIN hanya satu iaitu menuntut hak dan kebajikan.

Semenjak awal pagi hingga tengahari masing-masing berebut-rebut untuk 'belanja makan' sebagai tanda syukur jatuhnya Azizan. Fenomena 'belanja' mem'belanja' ini dijangka akan bertertusan sehingga minggu ini 

Kini staf KUIN menunggu masanya pula Jamil akan disingkirkan dari KUIN.

Jika Jamil dapat disingkirkan maka kenduri besar-besaran dijangka akan diadakan melibatkan sekor lembu dan beberapa ekor kambing panggang sebagai tanda syukur atas pemergian ketua penzalim KUIN.

AZIZAN DAH TINGGAL KUIN JAMIL READY !

DATO L KATA KUIN DIFITNAH, NANTI KENA HABAQ AYAT YANG SAMA DEPAN MUKHRIZ


Dato L memberi kenyataan dan tersiar dalam beberapa blog kempen sokong kerajaan Azizan

Dalam blog pro Azizan Dato L (Pendaftar KUIN) dengan lantang membantu untuk memastikan Kerajaan JAZAN dipertahankan maka keluarlah artikel yang kononya nak jawab balik isu KUIN yang indah khabar dari rupa (Baca Link ini untuk artikel penuh)

Tak pa .... dengan kuasa Allah , kuasa Azizan telah direntap oleh Allah, kami cuma tunggu saat kkuasa Jamil pula direntap dan kemudian akan diikuti oleh kroninya.

Cuma semua apa yang dikempen oleh Dato L bolehlah dijawab dengan kenyataan yang sama apabila MB Kedah yangbaru yang dijangka akan melawat KUIN dalam tempoh yang terdekat. Kita nak tengok sapa yang nak tinggalkan tarian Oppa Jamil Style dan menari rentak baru pulak ...almaklumlah Kedah dapat MB baru, rentak tari pun kenalah ikut rentak baru ? 

Atau apa pulak alasan yang nak diperkatakan dihadapan MB baru?

Kita tak mahu kempen Azizan hanya sebab ada kepentingan diri seperti dapat elaun khas RM3,000.00, pendaftar Haji Najib ditamatkan perkhidmatan sebab tak mahu ambik pentadbir berumur lebih 60 tapi yang ganti melebihi daripada umur tersebut,mendapar elaun mileage status jusa sedangkan hanya gred 54, track rekod kurang baik di UUM dan Unisel.

Bila kepentingan didahulukan, kroni akan diutamakan...

AZIZAN DAH TINGGAL KUIN JAMIL READY !!

AZIZAN KENA TEKANAN DALAMAN SURUH BERUNDUR. JAMIL AKAN TURUT BERUNDUR ,DOA STAF KUIN MAKBUL

Akibat melakukan kezaliman kepada kakitangan KUIN kini doa staf KUIN sudah dimakbulkan dengan tekanan hebat daripada orang Kanan Azizan agar Azizan undur kerana sikap sombong takabur dikatakan punca kekalahan Kerajaan Azizan di Kedah
Sebuah blog pro PR mula hentam Azizan
Blog Pro Azizan juga minta Azizan undur dari parti
Pakat salah menyalah hang aku : 

Blog pro kanan Azizan pun hentam Azizan, kesian orang tua ni


KUIN JATUH SEBAB AZIZAN DAN YB ANGGAP ISU KUIN TAK BESAR

Mesej yang pernah dihantar oleh pensyarah tahfiz KUIN pada Mac 2012 minta tolong selesaikan masalah tahfiz, namun tiada respon, akhirnya jatuh Kerajaan Azizan kerana kezaliman 
Isu tahfiz yang dianak tiri dan diabaikan antara punca yang sangat halus menyebabkan kekalahan Kerajaan Azizan di Kedah. 

Pelbagai mesej dihantar kepada orang kuat PAS agar bantu selesaikan masalah pensyarah Tahfiz yang ditendang keluar dari KUIN. Namun tiada tindakan dek hanya kerana takut kepada Azizan kerana sifat prongoih dan bebal Azizan

Akhirnya amaran dan apa yang didoakan seperti di dalam mesej di atas menjadi kenyataan sehingga tumbangnya Kerajaan Azizan yang menyokong kezaliman kepada pensayarh diploma Tahfiz KUIN.

MUKHRIZ SAH MB KEDAH BARU GANTI AZIZAN

Dato Mukhriz menngangkat sumpah. Azizan pasti gigit jari. Jami pula pikir strategi nak lari

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 4 petang.
Mukhriz, 49, mengangkat sumpah hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Mukhriz bersama bapanya Tun Mahathir
Pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 itu dibuat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad.
BN menang dengan majoriti mudah selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas PRU 2008 hanya berjaya memenangi sembilan kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh empat dan dua kerusi.
Bagi kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS dan PKR masing-masing mendapat enam dan lima kerusi.
Pada PRU 2008, Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.

Sunday 5 May 2013

KERAJAAN AZIZAN TUMBANG KERANA KEZALIMAN PADA WARGA KUIN

6 Mei - Kerajaan Azizan tumbang pada PRU 13 kerana kesombongan Azizan dan Jamil (JAZAN) dalam mentadbir KUIN serta banyak melakukan penindasan dan kezaliman kepada warga KUIN. Dalam erti kata lain bikin tak serupa cakap.

Kejatuhan Azizan adalah kerana kezalimanan JAZAN kepada warga KUIN :
- Menggantung pengajian pelajar (belajar fi sabilillah) apabila hanya menegur JAZAN
- Menukar sesuka hati staf yang menegur JAZAN dengan tujuan peti sejuk
- membuat kenyataan media palsu bertujuan menutup kelemahan dan menghina staf KUIN
- Bertindak mahu staf KUIN yang berjuang kebenaran untuk keluar KUIN. Tapi sekarang Jazan yang keluar dari KUIN.
- Melakukan kronisma dan penyelewengan sehingga staf menanggung beban kewangan apabila berlaku masalah pembayar gaji.
- Melakukan double standard dalam pembayar emolumen dan gaji antara kroninya dan bukan kroni.
-

APA KHABAR JAZAN

Admin KUIN ingin bertanyakan khabar kepada Jamil dan orang kanan Jamil selepas kejatuhan Azizan dalam PRU 13 ini :
- Apa khabar Jamil
- Apa khabar Wan Camry
- Apa khabar Besar
- Apa khabar Kartina
- Apa khabar  Pak Ya Man
- Apa khabar Dato L
- Apa khabar Mr Gazzet
- Apa khabar Madam Azlina
- Apa khabar Rohani HEP
- Apa khabar Ghani Iran
- Apa khabar Mr SS
- Apa khabar Wan Kuali T
- Apa khabar Shekri
- Apa khabar Romly mayat
- Apa khabar Muslim
- Apa khabar Mansor
- Apa khabar Akeeef
- Apa khabar skuad undang-undang KUIN
- Apa khabar Dekan A
- Apa khabar Dekan Indon

Ingat suatu perkataan yang anda pernah katakan pada kami suatu ketika dahulu ... Kena beriman dengan ketentuan Allah, jangan bila JAZAN dah tumbang , nanti dok buat alasan macam-macam pulak.

3.30 PETANG INI MB BARU KEDAH DIJANGKA ANGKAT SUMPAH TERAWAL

6 Mei - Petang ini jam 3.30 petang dijangka Menteri Besar baru Kedah akan menangkat sumpah setelah BN mendapat majoriti mudah mengalahkan pakatan rakyat dalam PRU 13 di Istana Anak Bukit. Menurut sumber media mengatakan Datuk Mukhriz Mahathir akan mengangkat sumpah tersebut.

Dengan berlangsungnya Majlis Angkat Sumpah ini maka episod baru wajah KUIN akan bermula selepas kakitangan KUIN menderita di bawah pemerintahan JAZAN.

BERSIH KUIN AKAN BENTANG PROPOSEL CANDANGAN KEPADA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KUIN YANG BARU

Perubahan landskap politik di Kedah akan merubah senario KUIN. Pihak BERSIH KUIN akan mengemukakan proposel dan cadangan penambahbaikan bagi memulihkan imej KUIN dan menjana kebajikan kakitangan dan pelajar agar lebih selesa.

Kita akan tunggu perlantikan watikah rasmi MB Kedah yang secara automatik akan menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN sebelum menyerahkan cadangan tersebut demi kebaikan bersama.

Warga kerja KUIN sudah lama tertekan dengan masalah kebajikan yang diabaikan dan menanggung derita dengan penyelewengan Jamil, Kini tiba masanya untuk menegakkan kebenaran dan keluar daripada kemelut dalaman KUIN.

JAMIL PANAS PUNGGUNG BILA TAHU AZIZAN TAKJADI MB DAH

Skuad Bersih mengucapkan tahniah kepada BN Kedah yang dikemudi oleh Dato Bashah dan Dato Mukhriz kerana diberi mandat oleh rakyat Kedah.

Tapi sasaran kita yang utama ialah jamil mesti keluar dari KUIN. Nantikan kamikaze yang lagi gempaq dari skuad KUIN untuk pastikan Jamil diseret kemuka pengadilan dan dikeluarkan dari KUIN

KEPUTUSAN TERKINI PRU 13 NEGERI KEDAH

KEPUTUSAN RASMI (TULISAN BEWARNA KUNING ADALAH YANG MENANG)


P. 004 - LANGKAWI BN MENANG
N. 01 - AYER HANGAT
1. MOHD RAWI BIN ABD HAMID
BN
MENANG

2. ZUBIR BIN AHMAD
PAS

KALAH

N. 02 - KUAH
1. NOR SAIDI BIN NANYAN
BN
BELUM

2. ZAFLEE BIN PAKWANTEH
BEBAS
KALAH

3. AHMAD BIN KASIM
PKR
KALAH


P. 005 - JERLUN BN MENANG
N. 03 - KOTA SIPUTEH
1. ABU HASAN BIN SARIF
BN
MENANG

2. ISMAIL BIN W.TEH @ JAZIZ
PAS
KALAH
N. 04 - AYER HITAM
1. MUKHRIZ MAHATHIR
BN
MENANG

2. ABD. GHANI BIN AHMAD
PAS
KALAH



P. 006 - KUBANG PASU BN MENANG
N. 05 - BUKIT KAYU HITAM
1. AHMAD ZAINI BIN JAPAR
BN
MENANG

2. NASRUL OMAR BIN CHE MANSOR
PKR
KALAH
N. 06 - JITRA
1. ROHANI BINTI ABD MUTTALIB
PAS
KALAH

2. AMINUDDIN BIN OMAR
BN
MENANG


P. 007 - PADANG TERAP BN MENANG
N. 07 - KUALA NERANG
1. AHMAD BIN MAD.DAUD
BEBAS
KALAH

2. BADROL HISHAM BIN HASHIM
BN
MENANG 

3. SYED IBRAHIM BIN SYED OMAR
PAS
KALAH
N. 08 - PEDU
1. KAMA NORIAH BINTI IBRAHIM
BN
MENANG 

2. ZAMRI BIN YUSUF
PKR
KALAH


P. 008 - POKOK SENA PAS MENANG
N. 09 - BUKIT LADA
1. AHMAD BIN SUDIN
BN
MENANG

2. AHMAD 'IZZAT BIN MOHAMAD SHAUKI
PAS
KALAH
N. 10 - BUKIT PINANG
1. MOHD MUKHTAR BIN NOOR
BN
KALAH

2. ROMANI BIN WAN SALIN
PAS
MENANG
N. 11 - DERGA
1. TAN KOK YEW
DAP
MENANG

2. ABDUL FISOL BIN MOHD ISA
BERJASA
KALAH

3. CHEAH SOON HAI
BN
KALAH


P. 009 - ALOR STAR KEADILAN MENANG
N. 12 - BAKAR BATA
1. JAWAHAR RAJA BIN ABDUL WAHID
BERSAMA
KALAH

2. AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
BN
MENANAG

3. MOHD EEKMAL BIN AHMAD
PKR
KALAH
N. 13 - KOTA DARUL AMAN
1. LOH GIM HOOI
BN
KALAH

2. LIEW KARD SEONG
BEBAS
KALAH

3. JAYAGOPAL A/L ADAIKKALAM
BEBAS
KALAH

4. TEOH BOON KOK @ TEOH KAI KOK
DAP
MENANG
N. 14 - ALOR MENGKUDU
1. FADZIL BIN HANAFI
BEBAS
KALAH

2. AHMAD BIN SAAD @ YAHAYA
PAS
MENANG

3. SHARIFAH MAZNAH BT. SYED KASSIM BARAKBAH
BN
KALAH


P. 010 - KUALA KEDAH KEADILAN MENANG
N. 15 - ANAK BUKIT
1. ABD SAMAT BIN CHE NOH
BEBAS
KALAH

2. AMIRUDDIN BIN HAMZAH
PAS
MENANG

3. HASHIM BIN JAHAYA
BN
KALAH
N. 16 - KUBANG ROTAN
1. MOHD NASIR BIN MUSTAFA
PAS
MENANG

2. LATT SHARIMAN BIN ABDULLAH
BN
KALAH
N. 17 - PENGKALAN KUNDOR
1. PHAHROLRAZI BIN MOHD ZAWAWI
PAS
MENANG

2. NOOR HASITA BINTI MAT ISA
BN
KALAH


P. 011 - PENDANG BN MENANG
N. 18 - TOKAI
1. ABU BAKAR BIN ABDULLAH
BEBAS
KALAH

2. NAJMUDDIN BIN DARUS
BN
KALAH

3. MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL
PAS
MENANG
N. 19 - SUNGAI TIANG
1. ROSLI BIN OMAR
BEBAS
KALAH

2. FADZIL BIN BAHARUM
PAS
KALAH

3. SURAYA BINTI YAACOB
BN
MENANG

4. CHAREAN A/L ISEN
KITA
KALAH


P. 012 - JERAI BN  MENANG
N. 20 - SUNGAI LIMAU
1. SOBRI BIN AHMAD
BEBAS
KALAH

2. AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
PAS
MENANG

3. MOHD FAZILLAH BIN MOHD ALI
BN
KALAH

4. ABDULLAH BIN HASHIM
BEBAS
KALAH
N. 21 - GUAR CHEMPEDAK
1. KU ABD RAHMAN BIN KU ISMAIL
BN
MENANG

2. MUSODDAK BIN HJ AHMAD
PAS
KALAH
N. 22 - GURUN
1. SALMA BINTI ISMAIL
PKR
KALAH

2. LEONG YONG KONG
BN
MENANG


P. 013 - SIK  BN MENANG
N. 23 - BELANTEK
1. MOHD TAJUDIN BIN ABDULLAH
BN
MENANG

2. ABU BAKAR BAKILANI BIN ABU HASSAN
PAS
KALAH
N. 24 - JENERI
1. AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN
PAS
KALAH

2. MAHADZIR BIN ABDUL HAMID
BN
MENANG


P. 014 - MERBOK  BN MENANG
N. 25 - BUKIT SELAMBAU
1. KAMAL NASSER BIN THOW BEEK
KITA
KALAH

2. MARAN A/L MUTAYA
BN
KALAH

3. SYED OMAR BIN SYED MAHAMUD
BEBAS
KALAH

4. THIVAGARAN A/L SUPRAMANY
BEBAS
KALAH

5. KRISHNAMOORTHY A/L RAJANNAIDU
PKR
MENANG
N. 26 - TANJONG DAWAI
1. AHMAD FAKHRUDDIN BIN FAKHRURAZI
PAS
KALAH

2. TAJUL URUS BIN MAT ZAIN
BN
MENANG


P. 015 - SUNGAI PETANI KEADILAN MENANG
N. 27 - PANTAI MERDEKA
1. ALI BIN YAHAYA
BN
MENANG

2. HJ ABDULLAH BIN JUSOH
PAS
KALAH

3. MOHD YUSUF BIN LAZIM
BEBAS
KALAH
N. 28 - BAKAR ARANG
1. LEE YEAN WANG
BN
KALAH

2. OOI TZE MIN
PKR
MENANG

3. ONG KAH SOON
BEBAS
KALAH
N. 29 - SIDAM
1. UH CHORNG VON
KITA
KALAH

2. TAN HOCK HUAT
BEBAS
KALAH

3. BEE SIEONG HENG
BN
KALAH

4. OOI BENG KOOI
BEBAS
KALAH

5. ZAMIL BIN IBRAHIM
BEBAS
KALAH

6. ROBERT LING KUI EE
PKR
MENANG


P. 016 - BALING BN MENANG
N. 30 - BAYU
1. AZMI BIN CHE HUSAIN
BN
MENANG

2. MAHMUD BIN YAAKOB
PAS
KALAH
N. 31 - KUPANG
1. JOHARI BIN ABDULLAH
PAS
MENANG

2. HARUN BIN ABDUL AZIZ
BN
BELUM
N. 32 - KUALA KETIL
1. KRISHNAN A/L GANAPATHY
KITA
KALAH

2. MD.ZUKI BIN YUSOF
PAS
MENANG

3. MOHD KHAIRUL AZHAR BIN ABDULLAH
BN
KALAH


P. 017 - PADANG SERAI KEADILAN MENANG
N. 33 - MERBAU PULAS
1. MARLIA BINTI ABD LATIFF
BN
KALAH

2. SITI ASHAH BINTI GHAZALI
PAS
MENANG
N. 34 - LUNAS
1. AZMAN BIN NASRUDIN
PKR
MENANG

2. VASANTHI A/P RAMALINGAM
BEBAS
KALAH

3. PREBAKARRAN A/L NARAYANAN NAIR
KITA
KALAH

4. ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM
BN
KALAH


P. 018 - KULIM-BANDAR BAHARU BN MENANG
N. 35 - KULIM
1. CHU MAW NIAN
PKR
KALAH

2. MOHD JUNIP BIN HUZAYIN
BERJASA
KALAH

3. CHUA THIONG GEE
BN
MENANG
N. 36 - BANDAR BAHARU
1. NORSABRINA BINTI MOHD NOOR
BN
MENANG

2. MOHD KHARI BIN MOHD SALLEH
PAS
KALAH