Pages

Wednesday 8 May 2013

JAMIL SILA LETAK JAWATAN DENGAN TERHORMAT

Pihak skuad BERSIH KUIN dengan rasa rendah diri memohon agar Jamil meletak jawatan sebagai Rektor KUIN dan apa-apa jawatan yang ada kepentingan dengan KUIN dan segera berundur dari KUIN.

Desakan ini bukanlah kali pertama bahkan sudah beberapa kali namun Jamil memberi alasan bahawa dia dibawa masuk oleh Azizan, selagi Azizan mahukannya (jadi Lembaga Pengarah KUIN) dia tak akan letak jawatan,

Nah Jamil, sekarang Azizan sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatang di dalam KUIN , maka amat tepat sekali Jamil meninggalkan KUIN dengan hormat dan penuh istiadat.

Jika Jamil enggan meletakkan jawatannya, pihak BERSIH KUIN akan menggunakan desakan lain untuk memastikan Jamil meletakkan jawatannya. Pihak BERSIH KUIN melihat dengan perletakkan jawatan Jamil sebagai Rektor akan memulihkan kembali KUIN daripada kurapsi dan penyelewengan .