Pages

Wednesday 29 May 2013

TEMBELANG JAMIL TERBONGKAR PERGUNAKAN PELAJAR

Wakil pelajar sendiri yang memberitahu mereka adakan pertemuan dengan Jamil
Tembelang Jamil mempergunakan pelajar dalam era pentadbirannya dengan mencaturkan mahasiswa KUIN terbongkar baru-baru ini ketika perjumpaan antara exco Kerajaan Negeri dan MPM diadakan di KUIN Mergong.

Ketika salah seorang perwakilan pelajar membangkitkan masalah pelajar antaranya kedudukan asrama dan kemudahan kelas yang tidak selesa amat mengejutkan kerana sebelumm ini mereka mengeluarkan kenyataan akhbar dalam akkhbar tempatan bahawa pelajar selesa dengan asrama yang disediakan (walaupun pelajar berpindah randah) . Perkara ini ditegur oleh pentadbiran atasan KUIN, kenapa dahulu membuat kenyataan akhbar bahawa semuanya selesa tak ada masalah . Kenapa sekarang baru timbul isu 'tidakselesa' dengan kemudahan KUIN. Apa agenda sebenarnya ?

Wakil pelajar tersebut dengan berani memberitahu bahawa sebelum ini kenyataan akhbar itu dibuat setelah mereka dipanggil oleh Jamil dengan beberapa pegawai tinggi KUIN agar tidak mengeruhkan keadaan dengan kebangkitan staf yang menuntut hak kebajikan . Sebab itulah mereka mengeluarkan kenyataan demikian.

Jika anda tak percaya (KLIK DI SINI) untuk melihat kecelaruan dan pertentangan hujah dan fakta sebelum Pilihanraya dan selepas pilihanraya. Presiden MPM kata student tak ada masalah dan berpuas hati, tapi bila bila jumpa Exco Kerajaan baru , wakilnya kata banyak masalah pulak. Apakah ertinya ini? Kita boleh fikir sendiri lahhh.

Memang BERSIH KUIN sudah menjangkakan bahawa Jamil akan menggunakan pelajar untuk menyelamatkan kedudukan beliau, tetapi Allah Maha kuasa.

Adakah selepas ini pelajar akan digunakan oleh pegawai tertentu untuk menuntut atas nama keselesaaan yang telah lama diabaikan sebelum ini....!