Pages

Saturday 11 May 2013

KEDUA BELAH KAKI AZIZAN DIPOTONG

Keadaan terkini Azizan di Hospital Pulau Pinang

Pada 9 Mei 2013 Azizan telah selamat menjalani pembedahan bagi memotong kedua belah kakinya di Hoispital Pulau Pinang.

Pemotongan kedua belah kaki  paras lutut dibuat bagi mengelak jangkitan kuman akan merebak kebahagian yang lain

Sebelum ini Azizan pernah dinasihatkan agar berhenti daripada aktiviti politik kerana kesihatannya yang tidak stabil apabila mempunyai penyakit yang kritikal iaitu jantung , buah pinggang dan diabetis . Beliau kemudiannya koma beberapa hari selepas keputusan PRU 13 (Rabu 8 Mei) diumumkan akibat diserang dengan jangkitan kuman tersebut.

Pelbagai lapisan kepimpinan tanpa mengira parti politik melawat beliau di Hospital Pulau Pinang.