Pages

Monday 13 May 2013

BERSIH KUIN SEPAKAT PROPOSAL UNTUK SERAHKAN KEPADA MB KEDAH


Pihak BERSIH KUIN telah selamat mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan proposal dan cadangan untuk dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri  untuk melakukan pemBERSIHan KUIN agar dapat diselesaikan masalah-masalh yang berbangkit di dalam KUIN terutama berkaitandengan soal kebajikan kakitangan KUIN.

Antara kandungan yang dipersetujui untuk dikemukakan di dalam proposal tersebut adalah seperti Kerelevanan kewujudan Jamil sebagi Rektor KUIN, penubuhan jawatankuasa siasatan penyelewengan Jamil dalam KUIN, penstukturan semula dalaman KUIN, kedudukan anak syarikat KUIN, menarik balik kuliah pengajian yang dahulunya berada di bawah Insaniah Holdings ke dalam KUIN, menurunkan yuran pelajar, pemerkasaan kuliah pengajian Islam, ganti Jamil sebagai Rektor nanti mestilah dari yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, menerima pakai Pekeliling kenaikan gaji 13 % , elaun sara hidup dan semua pekeliling Kerajaan, Menamakan Mufti Kedah dan Ketua Hakim Syarie sebagai ahli lembaga pengarah KUIN, mengkaji semula kampus KUIN di Kuala Ketil dan lain-lain lagi yang akan dimaklumkan