Pages

Friday 3 May 2013

KEWANGAN KUIN KEMBALI KRITIKAL : GAJI PENSYARAH KUIN TAK MASUK

4 Mei - Sehingga hari ini kurang 24 jam sebelum pembuangan undi dibuat pelbagai janji dan manifesto ditaburkan kepada rakyat semata=mata untuk mendapatkan kuasa. Kuasa banyak kala adalah untuk kepentingan diri bukan untuk rakyat. Janji hanya sebagai mengkaburkan mata rakyat bagi memperoleh kuasa.

Itulah yang berlaku dalam KUIN pada detik ini kurang 24 jam sebelum pilihanraya. Azizan yang berjanji dengan negara kebajikan, pendidikan percuma, kesejahteraan rakyat dan banyak lagi yang semua staf KUIN amat tahu kerana itu hanyalah janji kosong.

Tak kosong macamana lagi, sehingga saat ini 4 Mei 2013 gaji pensyarah KUIN masih belum dibayar sehingga menimbulkan kesusahandi kalangan rakyat Kedah dlam KUIN. Adakah ini kesejahteraan dan negara kebajikan yang dimaksudkan oleh Azizan.

Bukan sekadar tidak bayar gaji , panel klinik pun telah luput kerana KUIN gagal membayar hutang kepada klinik panel. Ini menyebabkan staf KUIN yang sebelum ini pergi mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma, kini terpaksa mengeluarkan wang sendiri, wal hal gaji tak dibayar lagi. Adakah ini KEBAJIKAN dan KESEJAHTERAA RAKYAT yang dicanangkan Azizan ?

Ya Allah Kami hamba Mu yang dianiayai dalam KUIN telah dizalimi oleh Jamil dan Azizan, engkau bukalah hijab doa antara kami dengan MU dengan engkau tarik balik kuasa yang Engkau pinjamkan kepada Jamil dan Azizan. Walaupun masyarakat luar memandang serong kepada kami yang dizalimi kerana kuasa politik mereka ya Allah, kami berserah padaMu untuk menunjukkan kuasaMu kepada pemimpin yang angkuh dan zalim. Amin....