Pages

Thursday 23 May 2013

SYA'YAA DAN ROMLY ANTARA YANG IKUT JEJAK LANGKAH JAMIL

Sekutu kuat Jamil iaitu Romly dan Sya'yaa masing-masing CEO Insaniah Holdings dan Mantan CEO Insaniah Holdings meletak jawatan dalam Holdings berikutan perletakan jawatan jamil sebagai Rektor KUIN.

Perletakan jawatan mereka berdua adalah dijangka kerana Sya'yaa pernah menimbulkan kontroversi apabila pernah menyatakan hasrat untuk membeli 90 % ekuiti KUIN manakala Romly pulak perletakkan jawatannya dijangka kerana bimbang akan menghadapi tekanan dan desakan kakitangan Holdings kerana masalah kewangan yang dijangka memberi kesan kepada pembayaran gaji bulan Mei ini.

BERSIH KUIN berharap Romly dapat menyelesaikan semua masalah yang ditinggalkannya terutama mengenai krisis kewangan yang dihadapi agar kakitangan Holdings tidak menjadi mangsa.

Jangan sudah berak nak suruh orang lain basuh !

Menurut sumber, CEO anak syarikat lain bakal meletak jawatan hujung bulan ini.