Pages

Wednesday 1 May 2013

FATWA BERSIH KUIN : SEMUA KAKITANGAN KUIN WAJIB PASTIKAN AZIZAN TUMBANG DI DUN SUNGAI LIMAU 5 MEI INI

SELAMAT TINGGAL JAZAN
Semua kakitangan KUIN yang sedia memaklumi bahawa kita dizalimi , pihak BERSIH KUIN telah sepakat bahawa untuk mengundi pada PRU 13 tahun ini adalah seperti berikut :

1.       Semua wajib-wajib-wajib keluar membuang undi.

2.       Pihak BERSIH KUIN memohon memilih pemimpin yang sebenar bukan bertopeng.

3.       Pangkahlah parti mana yang anda rasa nak pangkah , tanpa prejudis.

4.       Doa dan mintak petunjuk dari Allah sebelum dan semasa memangkah.

5.       Kepada yang mengundi di DUN Sungai Limau JANGAN BERIKAN UNDI kepada Azizan kerana kita tahu siapa sebenar Azizan yang merancang dan menyokong kezaliman kepada kakitangan KUIN.

6.       Bantulah sesiapa pun untuk memastikan pemimpin yang zalim di DUN Sungai Limau tak akan menang.

Kenapa wajib tumbangkan Azizan :

1- Azizan bersekongkol dengan Jamil untuk membenarkan tindakan zalim diambil kepada pelajar yang mencegah kemungkaran di dalam KUIN sehingga mereka dikenakan tatatertib di gantung pengajian

2- Azizan telah dengan nyata dan tahu bersekongkol dengan Jamil yang mengarahkan dokumen palsu dibuat bagi kegunaan di Mahkamah bagi mengelak daripada membayar Hutang.

3- Azizan telah melakkukan penipuan dan pembohongan yang sangat nyata dalam isu KUIN seperti pembohongan sebab tak bina masjid danasrama sebab tak cukup tembaga, pembohongan isu kewangan KUIN yang sangat kritikal, pembohongan isu gaji lambat bayar dan tunggakan yang tak dibayar.

4- Azizan adlah individu yang bertanggungjawab menyepak keluar ulamak tahfiz yang mengajar diploma tahfiz KUIN keluar dari KUIN dan sekarang mereka sudah tak lagi berada bawah KUIN dan mereka duduk di Yayasan Islam Negeri Kedah seperti Us Kadri Abdul Hamid al Hafiz, Ustaz Mat Rani al Hafiz, Us Idrus al Hafiz, Us Zamzuri al Hafiz, Us Hazli al hafiz, us Malik al hafiz dan ramai lagi huffaz yang ternama di kedah.

5-Azizan telah menyebabkan ramai kakitangan KUIN meninggalkan KUIN sama ada dibuang tanpa mengikut prosuder seperti us Najib Abdullah (Pendaftar) dan En Yusuf (Pemandu)... diberikan tekanan supaya meninggalkan KUIN

6- Mengabaikan kebajikan kakitangan KUIN dengan sengaja membiarkan kakitangan KUIN tidak memperolehi kenaikan 13 %, tidak mendapat kenaikan elaun sara hidup, tidak diberikan bonus, tarikh masuk gaji yang tak menentu, tunggakan sehingga 6 bulan tidak dibayar kepada Bank sehingga kakitangan diancam ditarik kereta, kakitangan disaman bank.

7- Tidak menghiraukan pembekalbarangan kepada KUIN yang beban hutang KUIN meninggkat puluhan jutaan ringgit dan ini meletakkan KUIN berada dihujung tanduk, sehinggakan FD KUIN di Bank Islam habis cair, dan kini hanya merempat minta sedekah sana sini seperti MBI, Kayu Kayan, PKNK dan lain-lain lagi.

8- Menganak tirikan pelajar dan kuliah. menjadikan pengajian Medic anak emas, semua kehendak dan prasarana pelajar dan kakaitangan MEDIC dipenuhi sedangkan kehendak kakitangan dan prasarana pengajian Islam dilewatkan.

9-Menubuhkan anak syarikat KUIN yang menjadi punca dan sebab masalah Kewangan KUIN sangat kritikal , bawa masuk kroni anak, adik beradik dan kawan, bagi gaji tinggi-tinggi sehingga 35 ribu sebulan, bawa masuk penjenayah dan orang yang dahh di isytihar bankrap, tak pandai bussines sehingga terpaksa guna wang KUIN untuk bayar gaji anak-anak syarikat.

10- Membela Jamil dan tidak mengenakan tindakan disiplin dan surcaj pada Jamil walaupun KUIN malu didenda oleh KPT sebanyak RM 272,000.00 kerana tipu KPT dalam pengambilan pelajar baru dan disaman 1.7 juta oleh Shake Cuisine Sdn Bhd kerana gagal dan lari dari membayar hutang.

11- Mengambil Karpal Sing sebagai peguam KUIN semasa berhadapan dengan saman pelajar, sedangkan kita tahu siapa karpal dengan hal ehwal Islam dan Melayu.

12- Melakukan pembaziran wang KUIN dengan kos renovation menelan jutaan ribu ringgit yang tiada perancangan seperti renovation Maahan Tahfiz jalan Sultanah kepada Insan Bestari, Renovation Asrama al takashi Jalan Istana Lama kepada Kuliah Medic dan kemudia Insan bestari. Renovation kampus Stargate kepada Muamalat dan Hospitality yang akhirnya terpaksa menyerahkan kemabali kepada tuan rumah kedai, Renovation Kuliah Medic bermula di asrama al takashi yang menelah jutaan ringgit kemudian tak jadi pindah pula ke kampus Mergong juga jutaan ringgit.

13- Tidak mahu pakai cakap orang, keras kepala dan prongos (panas baran). Bila staf jumpa di rumah dia, dia nyanyol kata orang tak jumpa dia. Bila staf bagi pandangan dia prongos gelabah dengan media tuduh macam-macam dekat staf sehingga Azizan pernah ugut staf KUIN supaya keluar KUIN dan cari kerja lain.. inilah kalimah sombong biadap Azizan yang staf  KUIN tak boleh lupa

14-Bercakap bohong dengan semua rakyat Kedah dan Malaysia dalam kenyataan medianya apabila Azizan gagal menjawab semua persoalan yang ditimbulkan staf KUIN dan akhirnya Azizan hanya menggunakan talian hayatnya yang terakhir apabila mengheret KUIN ke kancah politik untuk menyelamatkan dirinya.

15. Pemimpin yang berselindung disebalik nama Islam melakukan kezaliman dan penindasan kepada staf KUIN dan menyokong kemungkaran semata-mata Jamil adalah kawan karibnya.Azizan gagal telus dengan ma'ruf dan kebenaran bahkan matanya dikelabukan hanya kerana kawan dan kroninya.

SELAMAT TINGGAL JAZAN