Pages

Monday 13 May 2013

BERSIH KUIN KEMUKA PROPOSAL PENAMBAHBAIKAN KUIN KEPADA MB BARU

Penyerahan proposal suara kakitangan KUIN kepada MB Kedah

14 Mei - Semalam satu lagi catatan sejarah dilakarkan apabila skuad BERSIH KUIN telah mengemukan cadangan dan proposal secara rasmi kepada MB Kedah di Pejabat MB Wisma Darulaman bagi tujuan penambahbaikan KUIN.

Seramai 8 orang kakitangan telah mengemukan proposal tersebut by hand kepada MB dan memperjelaskan situasi KUIN yang sebenar. Proposal yang dihantar adalah merupakan resolusi yang disepakati hasil perbicangan lebih 20 orang kakitangan KUIN yang mewakili pelbagai Jabatan pentadbiran dan kewangan.

Perbincangan yang memakan masa hampir 40 minit itu berkisar tentang dua proposal yang diserahkan iaitu 11 tuntuan  daripada BERSIH KUIN dan desakan mengkaji semula Jamil sebagai Rektor KUIN.