Pages

Thursday 16 May 2013

DEMI PERJUANGAN : AWASI PARASIT YANG INGIN AMBIL KESEMPATAN

Pihak gerakan BERSIH KUIN menyeru kepada kakitangan KUIN agar sentiasa menyerah diri dan menghambakan diri banyak-banyak pada Allah dalam menuntut hak kebajikan yang diperjuangkan selama ini.

Situasi apabila keadaan sekarang mungkin ramai akan nak tumpang ambil kesempatan kepada BERSIH KUIN. Ambil iktibar dalam  peperangan Uhud, apabila hampir menang semua akan mengejar harta dan kebendaan.

Kita mesti fokus niat kita yang asal ialah mengembalikan kebajikan kakitangan dan membersihkan nama KUIN daripada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tanpa mengira politik.

Jika Kerajaan yang baru dipilih oleh rakyat  ini pun tidak mahu mengembalikan kebajikan kakitangan KUIN dan tidak membersihkan penyelewengan dalam KUIN, pihak BERSIH KUIN akan terus menggempur dengan strategi yang lebih dahsyat. Namun kita berikan masa untuk melakukan perubahan......

Kekuatan BERSIH KUIN ialah kesatuan, smart dan profesional. Korbankan emosi untuk perjuangan yang sudah hampir sampai ke garisan penamat.Jaga tutur kata lidah. Bertindak dengan fikiran rasional.

Pihak BERSIH KUIN tidak langsung mahu sesiapa dalam KUIN dibuang dari KUIN dan dianiaya dan dizalimi seperti yang dilakukan oleh Jamil. Jangan pulak ada parasit yang beremosi lebih daripada apa yang sebenarnya diperjuangkan BERSIH KUIN. 

Kita semua cari makan dengan KUIN , maka hendaklah kita bantu menaikkan nama KUIN. 

Kita benci pada Jamil sebab sikapnya yang sombong dengan kakitangan. Jika ada yang sombong maka samalah dia dengan Jamil atau parasit itu diupah oleh Jamil untuk leraikan kekuatan BERSIH KUIN.

Bertindak mengikut arahan...... Kita ada Allah. Jika hak Allah di jaga , Allah pasti jaga kita

Daripada :

INSAN TEGUR MENEGUR