Pages

Thursday 23 May 2013

BAHAGIAN 2 : LAWATAN EXCO KE KUALA KETIL HAMPA JAMIL MENGHILANG DIRI


23 Mei – Setelah mengadakan lawatan di KUIN Mergong, Datuk Tajul terus bergerak bagi mengadakan lawatan di KUIN Kuala Ketil di sebelah petang. Kehadiran Dato Tajul sebelum ini telah dimaklumkan kepada Jamil.

Namun agak malang, Dato Tajul menyatakan perasaan kesalnya apabila kehadirannya ke Kuala Ketil tanpa kehadiran Jamil. Dimaklumkan Jamil tak hadir kerana bercuti sebelum melepaskan jawatan secara rasmi pada 20 Jun ini (sebulan notis gaji). Dato Tajul berkata, apa salahnya telefon saya, sms atau maklumkan kepada saya kata dia tak boleh hadir kerana kita mai rumah orang kita habaq, tapi tuan rumah tak ada (cabut lari).

Admin masih ingat suatu ketika dahulu Jamil pernah cuti kerana operation jantung tapi dalam waktu cuti itu pun Jamil boleh terkebil-kebil pergi hadiri mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN hanya untuk pastikan Lembaga tidak mengguna pakai pekeliling kenaikan gaji 13 % kepada kakitangan KUIN.. Kenapa bila hari ini dia saja saja boleh buat alasan tak mai… emmmmm mesti ada pasai. Bak kata Dato Tajul tadi ,,,sangat tak professional .

Dato Tajul juga mengeluarkan kenyataan media sebentar tadi (liputan media akan dimaklum admin dalam next story).

Dato Tajul juga memaklumkan sepanjang Jamil tiada dan meletak jawatan , urusan pentadbiran KUIN akan dipangku oleh Dato Barni  untuk pulihkan kembali masalah dalaman pentadbiran dan kewangan KUIN.

Selepas selesai mengadakan pertemuan dengan wakil KUIN yang dihadiri Dato L, Mr SS, Muslim dan beberapa pegawai lain dan PC dengan media , beliau terus melawat asrama pelajar di Taman Perwira serta asrama pelajar antarabangsa dalam kampus KUIN. Lawatan ke asrama yang diadakan secara mengejut ini amat mengejutkan terutama di asrama pelajar antarabangsa (kebanyakkannya warga Afrika) yang langsung tak nampak macam asrama sedangkan penginapan mereka itu adalah rumah banglo 2 tingkat.