Pages

Sunday 12 May 2013

JAMIL PENING CARI DUIT UNTUK INSANIAH HOLDINGS

Jamil (kanan) berada di Hospital Pulau Pinang. Orang ramai pergi melawat Azizan kerana simpati , tappi Jamil melawat untuk apa ?
13 Mei - Jamil semenjak Azizan di masukkan ke dalam KMC pun sudah kecut perut nak cari duit bayar duit boss-boss Insaniah Holdings Sdn Bhd. Tindakan Jamil dilihat sebagai mementingkan diri sendiri. Azizan sedang tenat sakit , masih nak menceritakan hal dan masalah kewangan KUIN .Almaklumlah bila Kerajaan bertukar tangan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) tidak lagi akan menyalurkan wang kepada anak syarikat KUIN yang lansung tak reti berniaga.

Kelmarin, Jamil masih berdegil mahu bertemu dengan MB baru apabila pergi ke wisma darulaman kerana tertekan dengan kewangan yang sangat parah untuk bayar duit kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd. Kelihatan Jamil langsung tidak diperdulikan kerana ramai mengetahui tentang krisis KUIN berpunca daripada Jamil. Jamil masih menunggu dan mengharap untuk bertemu dengan MB baru. Kalau dulu Jamil arah orang kanannya pergi mengambil duit dari MB , namun kini, Jamil sendiri yang pergi.... alahai kasihan Jamil.

Kalau nak senang, senang saja caranya. Jamil letak jawatan dari Rektor KUIN, baki masalah BERSIH KUIN akan membuat cadangan untuk penambahbaikan dan meBERSIHkan KUIN daripada masalah yang sedang Jamil hadapi. Jamil wajar berehat di rumah dan menjaga kesihatan.