Pages

Monday 1 October 2012

SELAMAT HAJI MABRUR BERSAMA LAMBAIAN KAABAH KEPADA ASNANI DAN SOBRI GHAZALI


Asnani bersedia menjadi tetamu Allah
Semua kakitangan KUIN terutamanya skuad BERSIH KUIN mendoakan 2 orang kakitangan KUIN bersama pasangan mereka mengerjakan haji pada tahun ini akan dianugerahkan Haji yang Mabrur.

Puan Asnani (pensyarah Muamalat) dan En Sobri Ghazali (Pegawai di HEP) masing-masing bersama pasangan telah dijemput oleh Allah untuk menyahut lambaian kaabah sempena ibadah haji pada tahun ini.

Sobri akan berlepas selasa ini
Puan Asnani telah selamat berangkat pada hari khamis yang lalu dan kini sudah berada di tanah haram. Beliau yang berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar diiringi sanak saudara dan rakan-rakan kakitangan KUIN khususnya daripada kuliah muamalat.

Manakala En Sobri Ghazali pula akan berangkat pada  2 september 2012 (selasa) di lapangan terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar jam 1.30 petang.
Suasana bakal tetamu Allah di Aiport Alor Setar
Mereka dijadualkan pulang ke tanah air pada pertengahan bulan november. Admin blog mewakili Puan Asnani dan Sobri memohon kemaafan atas salah silap yang telah mereka lakukan agar mereka dikurniakan anugerah yang sangat bernilai. Kita doakan mereka sihat, selamat dan semperna beribadah.