Pages

Thursday 28 June 2012

PEMANDU CABAR REKTOR KUIN SUPAYA DIAMBIL KERJA SEMULA

28 Jun - En Mohd Yusof Ismail (Pak Ucop) kesal dengan tindakan Kolej Universiti Insaniah di bawah kepimpinan Rektor, Dato’ Jamil Osman kerana beliau telah gagal menjaga kebajikan kakitangan KUIN dan bertindak di luar batasan perundangan yang sebenar.

Rentetan itu Pak Ucop  telah membuat pengaduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah bagi menuntut hak saya agar diambil kerja semula kerana memberhentikan Pak Ucop  daripada KUIN tanpa mengikut prosuder yang sah. 


Pak Ucop mula berkhidmat di KUIN pada 19 November 1995 (17 tahun) sebagai pemandu kenderaan KUIN.

Pak Ucop kemudian telah disahkan dalam jawatan dan dijadual bersara pada 3 Mei 2012 apabila mencapai umur persaraan 58 tahun. Namun sebelum 3 Mei 2012, KUIN pada 12 Mac 2012 ada membuat tawaran opsyen samada kekal bersara pada umur 58 tahun atau bersara umur 60 tahun. Dalam opsyen itu Pak Ucop telah memilih untuk bersara umur 60 tahun (2014)

Pak Ucop tidak pernah mendapat sebarang notis tamat perkhidmatan dan Pak Ucop tidak pernah diminta untuk dilanjut perkhidmatan.

Namun Pak Ucop amat terkejut  kerana menerima surat dari KUIN yang  bertarikh  3 Mei 2012 yang memaklumkan tempoh perkhidmatannya dilanjutkan selama satu (1) bulan iaitu sehingga 2 Jun 2012 padahal  Pak Ucop tidak pernah meminta untuk dilanjutkan kerana beliau masih kakitangan KUIN sehingga 3 Mei 2014.

Pak Ucop juga tidak pernah menghadapi apa-apa tindakan disiplin semasa berkhidmat dengan KUIN. Sebaliknya pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KUIN.

Penamatan perkhidmatan  Pak Ucop oleh KUIN pada 2 Jun 2012  adalah tidak sah dan Pak Ucop meminta agar dikekalkan jawatannya di KUIN