Pages

Monday 25 June 2012

KUIN TERUS TAK BAYAR GAJI KEPADA BANK, KAKITANGAN TERPAKSA TANGGUNG KOS TUNGGAKAN

Setelah cukup sebulan memorandum pertama diserahkan kepada Jamil , namun Jamil masih sombong dan bongkak merampas wang kakitangan dengan tidak langsung membayar berbulan-bulan potongan bank dan institusi kewangan walaupun KUIN telah membuat potongan dalam slip gaji kakitanga.

Inilah kezaliman dan dosa yang nyata dilakukan Jamil kepada semua kakitangan KUIN apabila seolah-olah tidak membayar gaji seperti dalam perjanjian kontrak awal. Sudahlah itu , kakitangan pula terpaksa menanggung caj tambahan atas kelewatan yang dilakukan KUIN. Bah ada yang dikalangan kakitangan yang terkejut apabila gajinya hilang lebih daripada separuh kerana Bank menahan duit simpanan dek kerana KUIN tak bayar potongan mengikut jadual.

Mari kita berdoa kepada Allah, kerana doa orang yang zalim amat mustajab.