Pages

Friday 22 June 2012

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN KPT SIASAT PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN JAMIL

Pada 18 Jun yang lalu , Jamil dan kroninya amat terkejut apabila 3 orang pegawai orang daripada Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hadir di KUIN tanpa membuat sebarang makluman awal.

Ketika KPT datang , mesyuarat konvo sedang berjalan dan beberapa pegawai utama terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana terpaksa memberi maklumat tentang beberapa penipuan yang telah dilakukan Jamil.

Menurut sumber, En Halim yang mengetuai rombongan KPT itu telah mengasak untuk memastikan KUIN memberi maklumat sebenar. setelah disiasat banyak kesalahan telah didapati dilakukan oleh Jamil dengan sengaja, antara isu yang paling besar ialah program kerjasama akademik yang dijalinkan oleh Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). KUIN terpaksa akur dengan tipu helah yang akhirnya terbukti membuat penawaran yang bercanggah dengan dokumen yang dihantar di MQA atau bahasa mudah tawar pengajian kepada yang tak layak. Kini Jamil perlu tunggu surat daripada pihak KPT untuk mengetahui berapa puluh ribu KUIN perlu membayar denda atas kesalahan tersebut. Selalunya setiap kepala pelajar yang KUIN menyalahi undang-undang akan didenda antara RM 8000.00 hingga RM15,000.00 seorang. Bayangkan berapa ribu KUIN nak kena bayar. Jika KUIN didenda , adakah pelajar KUIN akan dinaikkan Yuran lagi untuk tampung kos denda.?

Isu yang lain juga yang disentuh ialah tuntutan kakitangan terhadap kebajikan mereka dibela, Isu kurapsi Insaniah Holdings, isu kakitangan Insan Maya yang tak layak buat master di Kuliah al Quran (nantikan artikel seterusnya)