Pages

Monday 18 June 2012

GELOMBANG PUTIH KEDUA BERJAYA HIMPUNKAN KAKITANGAN KUIN SERAH MEMORANDUM KEPADA YAB MB KEDAH



19 Jun - Seperti yang dirancang dan dijangka , gelombang putih kali kedua telah dengan jayanya menghimpunkan kakitangan KUIN yang berpakaian serba putih  menyerahkan memorandum kepada YB Dato' Taulan yang mewakili YAB MB Kedah sempena kedatangnya merasmikan Majlis Kuali T di KUIN.

Penyerahan memorandum mengenai kebajikan kakitangan KUIN itu disampaikan oleh wakil kakitangan iaitu Ustaz Azki Hafizi dan Ustazah Sajiah Yaakob. Turut berada ketika itu puluhan kakitangan KUIN serba putih , Jamil, tetamu dari IPT dan peserta majlis Kuali T.

Suasana berjalan dengan aman dan penuh adab tanpa unsur-unsur negatif dan unsur 'meroyan'. 

Ingin dikongsikan juga sepanjang majlis tersebut info menarik seperti :
- Kerahan kepada pengawal keselamatan bertugas di semua pintu pagar, di pintu dewan termasuk belakang dewan dan lain-lain lagi. Mungkin Jamil takut demo kakitangan, namun syabas kakitangan KUIN adalah terbaek.
-Ketika semua ketua jabatan mengambil cenderahati , keadaan dewan menjadi suram dengan langsung tiada tepukan tangan kedengaran , namun ketika En Taufek (berpakaian putih) naik ke pentas kedengaran tepukan gemuruh dari warga dewan , sebaliknya ketika Firdaus PRO naik kepentas turut mengiringinya iringan sorakan 'boooooo pendek'.
-Prof Zakaria man juga memberikan support dengan memakai baju putih.. cayalah prof
-Ketika Jamil menyampaikan ucapan terdapat ganguan teknikal, entahlah sabotaj atau maslah mike dewan.
-Sepanjang program nampak Mr F nampak pulun sangat , kehulu dan kehilir dan terlupa atau sengaja  tak pakai songkok.

Sokongan padu ini sudah cukup memberi isyarat kepada Jamil bahawa majoriti kakitangan mahu Jamil berundur dari KUIN.

Tahniah semua kakitangan KUIN , kerana berani kerana hak anda.